Peserta Big Stage X Rocketfuel, Danial Kifli mengakui teguran Datuk Ramli MS pada pentas final pertandingan itu tidak membuatkan dirinya berkecil hati, sebaliknya dijadikan panduan untuk memperbaiki kelemahan.
Danial yang menduduki tempat keenam pada pertandingan berkenaan berkata, setiap teguran yang diberikan tenaga pengajar atau individu berpengalaman dalam industri mempunyai tujuan untuk memberi kesedaran dan penambahbaikan kepada peserta.
“Saya rasa apa yang ditegur itu betul sebab orang kadang-kadang kita tak nampak kesalahan kita. Orang sekeliling ataupun orang yang macam dia yang akan nampak betul-betul apa yang kita kurang.
“Jadinya, apa yang saya boleh cakap, ada hikmahnya dia tegur. Mungkin kalau dia tak tegur, saya takkan nampak kesilapan saya. Saya ambil yang baik, saya buang yang buruk dan saya cuba perbaikilah untuk masa akan datang,” katanya.
BUZZ RINGKAS
Danial Kifli tidak ambil hati dengan teguran Datuk Ramli MS ketika final Big Stage X Rocketfuel.
Sebaliknya, dia menganggap teguran itu sebagai satu bentuk nasihat dan peluang untuk mengenal pasti kelemahan diri sebelum melangkah lebih jauh dalam industri muzik.
Tak terasa dengan teguran Datuk Ramli MS
Mengulas teguran yang diterimanya ketika final, Danial berkata, dia memahami pendekatan Datuk Ramli yang dianggapnya lebih terus terang ketika menyampaikan pandangan.
Menurutnya, gaya teguran sedemikian tidak seharusnya dilihat secara negatif kerana setiap tenaga pengajar mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan nasihat.
“Setakat ini saya okey, saya tak terasa. Cuma apa yang saya dapat tadi, betul. Saya rasa mungkin apa yang ditegur itu betul,” katanya.
Danial turut menyifatkan Datuk Ramli sebagai individu berpengalaman yang menggunakan pendekatan berbeza dalam memberikan teguran kepada peserta.
“Macam Tok Ram, dia orang lama. Mungkin dia tak macam kita yang cakap lemah lembut. Dia jenis yang cakap orang-orang lama macam mana.
“Tapi sebenarnya apa yang dia cakap itu adalah nasihat yang lemah lembut, cuma pada pendengaran kita yang agak kasar,” katanya.
Anggap Big Stage sebagai permulaan
Biarpun hanya menduduki tempat keenam, Danial tetap bersyukur dengan perjalanan yang dilaluinya sepanjang Big Stage X Rocketfuel.
Malah, dia menganggap penyertaannya dalam program berkenaan sebagai satu pengalaman penting sebelum melangkah lebih jauh dalam industri muzik.
“Pada saya, Big Stage ini adalah permulaan, permulaan bagi saya bukan pengakhiran,” katanya.
Danial berkata, segala pengalaman, teguran serta komen yang diterima sepanjang pertandingan akan dijadikan bekalan untuk dirinya lebih bersedia menghadapi cabaran selepas ini.
“Ini adalah salah satu, alhamdulillah, rezeki bagi saya. Ini kekuatan untuk bersedia, lebih bersedia untuk industri luar nanti,” katanya.
Tidak kisah teguran selagi membina
Dalam pada itu, Danial berkata, dia terbuka menerima teguran selagi ia tidak disampaikan dengan cara menghina atau terlalu kejam.
Baginya, teguran daripada individu berpengalaman boleh membantu seseorang melihat kekurangan yang mungkin tidak disedari oleh diri sendiri.
“Setakat ini saya okey, selagi tak menghina, tak berbaur yang agak kejam, saya okey saja.
“Sebab kadang-kadang kita tak nampak kesalahan kita. Orang sekeliling ataupun orang yang macam dia yang akan nampak betul-betul apa yang kita kurang,” katanya.
Danial turut menegaskan bahawa dia mahu mengambil perkara positif daripada setiap komen yang diterima sepanjang berada dalam pertandingan tersebut.
“Saya ambil yang baik, saya buang yang buruk dan saya cuba perbaikilah untuk masa akan datang,” katanya.
Perjalanan Danial di Big Stage X Rocketfuel akhirnya berakhir dengan kedudukan keenam pada pentas final, namun dia melihat pengalaman tersebut sebagai langkah awal untuk terus membina kerjaya dalam industri muzik.
GIPHY App Key not set. Please check settings