in ,

Ranisha Tak Kisah Disuruh Kurus, Terima Komen Secara Terbuka

Penyanyi Ranisha mengakui terbuka menerima teguran sekiranya ada pihak yang menyarankan dirinya mengurangkan berat badan demi menjaga penampilan.

Ranisha berkata, dia tidak mempunyai masalah menerima pandangan sedemikian kerana menyifatkan dirinya sebagai individu yang menyayangi diri sendiri.

“Saya sayang diri saya. Saya sangat sayang diri sendiri. Kalau orang suruh kuruskan sedikit atau apa, saya terima komen itu secara terbuka.

“Bagi saya, bila orang berkata seperti itu, bermakna dia prihatin terhadap kita,” katanya.

BUZZ RingKAS

• Ranisha mengakui terbuka menerima komen jika ada pihak memintanya mengurangkan berat badan.

• Menurutnya, dia sangat menyayangi diri sendiri dan tidak melihat teguran mengenai penampilan sebagai sesuatu yang perlu diambil hati.

• Ranisha menganggap komen sedemikian sebagai tanda seseorang itu mengambil berat terhadap dirinya.

• Dia juga melihat usaha menjaga penampilan dan kesihatan boleh membantu meningkatkan stamina serta ketahanan vokalnya.

Anggap teguran sebagai tanda prihatin

Menurut Ranisha, dia tidak melihat komen mengenai bentuk badan atau penampilannya sebagai sesuatu yang perlu dianggap negatif.

Sebaliknya, pelantun itu melihat teguran berkenaan dari sudut positif dan terbuka untuk melakukan perubahan yang dirasakan sesuai dengan perkembangan kerjayanya.

Katanya, penjagaan penampilan juga boleh berjalan seiring dengan penghasilan karya baharu selepas ini.

“Jadi mungkin selepas ini, dalam masa kita nak keluarkan karya baharu, pada masa sama mungkin saya boleh jaga daripada segi penampilan pula.

“Kita kena seiringanlah macam itu,” katanya.

Mahu tingkatkan stamina vokal

Dalam pada itu, Ranisha berkata usaha menjaga kecergasan bukan semata-mata berkaitan penampilan, sebaliknya turut memberikan manfaat kepada kemampuan vokalnya.

Katanya, tahap kecergasan yang lebih baik mampu membantu meningkatkan stamina serta ketahanan vokal ketika membuat persembahan.

“Saya suka makan, siapa kata kuat makan tak boleh kurus? Setuju?

“Cuma bagi saya, ini pun bagus sebab ia akan meningkatkan lagi stamina dari segi vokal saya dan juga ketahanan vokal saya supaya saya sihat sentiasa,” katanya.

Ranisha sebelum ini dinobatkan sebagai tempat ketiga Big Stage X Rocketfuel, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya serta pemasaran single bernilai RM50,000 tajaan Rocketfuel Entertainment dan trofi.

Pencapaian itu melengkapkan saingan Ranisha sepanjang lapan minggu program berkenaan selepas muncul sebagai satu-satunya peserta wanita yang kekal sehingga peringkat akhir.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Lima Dekad M. Nasir Bakal Bergema! 30 Karya Ikonik Diberi Nafas Baharu Di Istana Budaya