in ,

“Sampai Tak Boleh Bangun…” – Daniel Fong Diserang Influenza Di Set Drama

Pelakon, Daniel Fong, mendedahkan dia terpaksa meneruskan penggambaran drama Yes! Captain Zul Aaryan walaupun dijangkiti influenza ketika menjalani penggambaran di Langkawi.

Menurut Daniel, dia mula jatuh sakit pada hari kedua penggambaran dan keadaannya semakin teruk sehingga pernah tidak mampu bangun daripada katil.

BUZZ RINGKAS
DIJANGKITI INFLUENZA
Daniel Fong jatuh sakit ketika penggambaran di Langkawi.

TETAP PROFESIONAL
Tetap menjalani penggambaran walaupun mengalami demam teruk dan menggigil.

RAMAI TURUT SAKIT
Beberapa pelakon dan kru termasuk Jazmy Juma serta Anna Jobling turut dijangkiti.

DRAMA POPULAR
Yes! Captain Zul Aaryan merupakan adaptasi karya popular Wattpad yang kini ditayangkan di TV3.

Terpaksa Bertahan Demi Produksi

“Hari kedua dekat Langkawi saya dah jatuh sakit. Sampai satu hari memang saya tak boleh bangun daripada katil. Kali pertama dalam kerjaya saya, saya terpaksa hubungi assistant director dan beritahu memang susah sangat nak datang ke set sebab terlalu sakit,” katanya.

Walaupun begitu, Daniel berkata dia hanya berehat untuk satu babak sebelum kembali ke lokasi kerana tidak mahu jadual penggambaran terganggu.

“Kalau memang perlukan saya di set, saya akan pergi juga,” katanya.

Terjun Laut Walaupun Demam

Apa yang lebih mencabar, Daniel tetap menjayakan beberapa babak aksi termasuk terjun ke laut dan menaiki jet ski ketika badannya masih demam.

“Saya sebenarnya dah demam masa terjun laut. Dalam drama nampak macam seronok, tapi masa tu memang saya dah sakit,” katanya.

Daniel berkata pengalaman itu merupakan antara episod paling sukar pernah dilaluinya sepanjang bergelar pelakon.

Virus Turut Menjangkiti Pelakon Lain

Menurut Daniel, selepas dia dijangkiti influenza, beberapa pelakon dan kru produksi turut mengalami simptom yang sama.

Antara yang turut jatuh sakit ialah Jazmy Juma dan Anna Jobling yang masing-masing masih meneruskan penggambaran walaupun kurang sihat.

“Bila saya dah okey, kru semua pula jatuh sakit. Jazmy Juma dan Anna Jobling pun sakit juga,” katanya.

Drama Adaptasi Popular

Yes! Captain Zul Aaryan merupakan drama adaptasi daripada karya popular Wattpad yang pernah meraih jutaan bacaan serta jualan tinggi dalam bentuk novel.

Diterbitkan oleh Zamriez Golden Picture Sdn Bhd dan diarahkan oleh Nizam Zakaria, drama ini menampilkan gandingan Jazmy Juma dan Anna Jobling sebagai teraju utama, bersama barisan pelakon seperti Natasha Sass, Nafiz Muaz dan Daniel Fong.

Drama bersiri ini disiarkan menerusi slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, dan turut boleh distrim secara eksklusif di platform iQIYI sejam selepas tayangan di televisyen.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Mak Saya Yang Bersuara, Bukan Saya” – Rieffa Buka Mulut Isu Dilabel Rohingya

“Dia Macam Adik Saya…” Sabrina Paling Rindu Rieffa