Penganur Konsert Cinta Nostalgia bersama Kris Dayanti memklumkan yang konsert tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Jun 2025.
Penukaran lokasi ini bertujuan untuk menyediakan keselesaan, kemudahan, dan suasana konsert yang lebih sesuai untuk penonton.
Konsert ini akan menampilkan semula Kris Dayanti di pentas Malaysia. Persembahan terakhir beliau di Malaysia adalah menerusi Konsert Romansa Kris Dayanti pada tahun 2017.
Persembahan Kris Dayanti akan diiringi oleh susunan muzik orkestra di bawah arahan Pengarah Muzik, Mr. Erwin Gutawa.
Dua artis tempatan, Mimi Fly dan Khai Bahar, akan turut serta sebagai penyanyi undangan khas.

Gabungan bintang-bintang ini bakal menghadirkan malam penuh warna, emosi, dan nostalgia, sekali gus menyatukan peminat dari pelbagai generasi dalam satu momen yang tidak akan dilupakan.
Maklumat Tiket

Tiket boleh didapati melalui UberTickets di pautan rasmi: 👉 https://cintanostalgia.ubertickets.asia Peminat disarankan untuk mendapatkan tiket awal.
Kris Dayanti, juga dikenali sebagai KD, merupakan seorang penyanyi pop terkemuka dari Indonesia. Beliau memulakan kerjayanya di usia muda, dan meraih pengiktirafan meluas setelah memenangi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992. Sepanjang kariernya, beliau telah menghasilkan banyak album popular dan menerima pelbagai anugerah, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang diva yang disegani di rantau ini.



GIPHY App Key not set. Please check settings