in ,

Ala Joget Raya Bersama Razak A’ai, Khaleesi, dan Mortal Rhyme. Sentuhan Moden Dalam Tradisi Raya

TODAK Fusion hari ini melancarkan lagu raya terbaru mereka berjudul ‘Ala Joget Raya’, menggabungkan elemen muzik tradisional Melayu dengan muzik dan tarian moden untuk memberi nafas baru kepada sambutan Hari Raya.

Menurut penerbitnya, Ikmal Fareeq, industri muzik tempatan kini semakin kehilangan identiti seni muzik tradisional. Beliau merasakan ia adalah tanggungjawab untuk mengangkat semula lagu-lagu Melayu yang berunsurkan etnik.

Dari kiri – Mortal Rhyme, Iqmal Fareeq; CEO Todak Fusion, Ben Ali; Pengasas Absolut Events & Management, Azlan Zainal; CEO Kumpulan Todak, Razak A’ai & Khaleesi

“Sejak lama, TODAK Fusion berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagu raya. Saya berbincang dengan komposer Razak A’ai, kerana saya merindui lagu yang membawa budaya dan elemen muzik tradisional. Kami percaya banyak lagu raya kini lebih moden, menyebabkan keaslian lagu raya tradisional semakin pudar,” jelas Ikmal.

Lagu ‘Ala Joget Raya’ bukan hanya menggabungkan muzik moden, tetapi juga menampilkan alat muzik tradisionalseperti akordion, rebana, dan biola, sekaligus menghidupkan kembali seni tarian klasik Melayu. Ini adalah usaha untuk memartabatkan warisan budaya yang semakin dilupakan, terutama di kalangan generasi muda.

Menurut Ikmal, dengan bantuan Razak A’ai, mereka berjaya mencipta lagu yang membangkitkan nostalgia budaya Melayu.

“Razak banyak membantu dalam penulisan lagu ini yang bertujuan untuk menghidupkan kembali ingatan kepada budaya kita. Kami berusaha agar muzik tradisional tidak dilupakan,”
Ikmal Fareeq

Khaleesi

Lagu ini turut memperkenalkan keseronokan joget dalam muzik kontemporari melalui muzik video yang ceria dan menghiburkan. Dengan ini, TODAK Fusion berhasrat untuk mengeratkan perpaduan dan kebersamaan, mengumpulkan artis, pemuzik, penari, dan tenaga kreatif dari pelbagai latar belakang untuk meraikan Hari Raya sebagai satu keluarga.

Lagu ‘Ala Joget Raya’ menampilkan barisan artis seperti Razak A’aiKhaleesi, dan Mortal Rhyme sebagai penyanyi utama, dengan sentuhan muzik dari Zulkarnain (Ghajmas) yang memainkan akordion, serta Balqis Zairul Nizam (ODT) yang mempersembahkan permainan biola.

Ikmal Fareeq turut mengambil bahagian dengan memainkan rebana, sementara penari-penari seperti Afieq ImranAliff HaidarLaura AmandaHawa Nur Aurelia, dan Mawar Sofia, bersama beberapa lagi penari, menambahkan kemeriahan dan elemen tradisional dalam muzik video lagu ini.

Lagu ini kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik utama, manakala muzik video rasmi telah dilancarkan di saluran YouTube TODAK Fusion.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Suria FM Tampil Berani dengan Drama Raya Bertemakan Kesihatan Mental, Hayati

Filem Aksi “Felino” Menyusuri Kisah Penganiayaan Haiwan, Tayang 2026