in ,

Rahsia Awet Muda Didedahkan: Jojie Lancar Semanis

Rozita Aminuddin, yang lebih dikenali dengan panggilan Jojie, merupakan figura terkenal dalam industri hiburan Malaysia sejak 35 tahun yang lalu. Dikenali dengan wajah yang kekal muda, bertenaga, dan ceria, Jojie telah menjadi inspirasi kepada ramai yang ingin mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan.

Wanita cantik berketurunan Melayu, Arab, dan Eropah ini juga telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Syahrizal Haji Ismail pada tahun 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Yang Maryam Syahrizal, yang kini berusia 8 tahun.

Dari kiri – Jay Rezal (Pengarah Jojie Beauty) Jojie Aminuddin (Pengasas jojie Beauty) & suami Syahrizal Haji Ismail (Pengarah Jojie Beauty)

Kepopularan Jojie sebagai ikon awet muda telah mendorongnya untuk berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatannya dengan orang ramai. Ini melahirkan produk terbaharu, SEMANIS by Jojie Beauty. Semanis merupakan minuman yang mengandungi campuran Vitamin C, ekstrak Blueberi, Torula Yeast Extract, ekstrak Kulat Putih, Habatussauda, Halia, dan beberapa bahan semula jadi lain yang bertujuan untuk membantu mengekalkan kecantikan kulit dan tenaga tubuh.

Proses penghasilan Semanis tidak semudah yang disangka. Jojie dan pasukan Jojie Beauty telah menghadapi pelbagai cabaran dalam memastikan produk ini memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Pasukan R&D telah bekerja keras dalam tempoh yang agak panjang untuk menghasilkan formulasi yang tepat, sebelum produk ini akhirnya diluluskan untuk dipasarkan. Selain itu, ujian logam berat dan mikrobiologi turut dijalankan untuk memastikan produk ini bebas daripada pencemaran dan selamat untuk pengguna.

Semanis bertujuan untuk membantu mereka yang sering merasa lesu akibat kesibukan harian, serta memberikan tenaga dan kesihatan kulit yang lebih baik. Produk ini dihasilkan untuk mereka yang mahu kekal aktif dan tampil muda sepanjang masa. Jojie Beauty juga membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis Semanis, dengan menyediakan latihan dan sokongan penuh.

Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran, pelbagai aktiviti promosi telah dirancang sepanjang tahun ini, termasuklah pelancaran Semanis yang berlangsung pada malam ini. Pemasaran melalui platform media sosial seperti TikTok, Instagram, dan Facebook juga akan diberi perhatian untuk mempromosikan produk ini kepada lebih ramai pelanggan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai keluarga Semanis dan menjadi ejen atau stokis, peluang ini terbuka luas. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pasukan Jojie Beauty di talian +6 07 943 5743 atau melalui media sosial @jojie.beauty.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan Semanis dan menikmati manfaat produk yang diilhamkan oleh Jojie sendiri!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Filem Aksi “Felino” Menyusuri Kisah Penganiayaan Haiwan, Tayang 2026

Pelakon 6 Jilake Berinteraksi dengan Peminat di River of Life, Pelancong Luar Turut Teruja!