in ,

Rosyam Nor Buka Kompleks Beli Belah, Tawar Hadiah Bernilai RM1.5 Juta di ST Rosyam Mall

Datuk Rosyam Nor, pelakon dan usahawan terkenal, telah melancarkan ST Rosyam Mall, kompleks beli-belah pertama di Jalan Kebun, Klang, Selangor. Dengan keluasan 114,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa.

Bagi meraikan pembukaan, kempen “RM 1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda” dilancarkan, termasuk hadiah menarik seperti 100 pakej Umrah percuma. ST Rosyam Mall menampilkan lebih 30 premis dalam pelbagai kategori, termasuk fesyen, makanan, dan teknologi. Beberapa premis beroperasi 24 jam seperti Khulafa dan Nasi Lemak Burung Hantu. Selain itu, terdapat gelanggang Pickleball, parkir luas, dan surau yang selesa.

Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann, berkata kerjasama antara Sri Ternak, ST Rosyam Mall, dan ST Rosyam Mart bertujuan memberikan pengalaman membeli-belah berkualiti dengan harga berpatutan.

Datuk Rosyam Nor juga menyatakan bahawa ST Rosyam Mall bukan hanya pusat beli-belah, tetapi sebuah destinasi yang memenuhi keperluan keluarga dengan pelbagai produk dan kemudahan dalam suasana yang selesa.

Selain itu, Rosyam turut melancarkan cawangan kelapan ST Rosyam Mart di lokasi yang sama, dengan promosi menarik termasuk peluang memenangi kereta Proton X70, Goldbar, dan pakej Umrah percuma. Promosi Ayam Seekor serendah RM 0.88 sen turut ditawarkan. ST Rosyam Mart beroperasi 24 jam dan menawarkan 22 servis percuma termasuk perkhidmatan Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan.

ST Rosyam Mall telah dirasmikan dalam satu majlis besar-besaran oleh Menteri Besar Selngor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari. Di majlis yang sama, ST Rosyam Mall dan ST Rosyama Mart turut diiktiraf oleh Asean Records sebagai rangkaian pasar raya borong dan runcit pertama ASEAN yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.

ST Rosyam Mart bertujuan menyediakan barangan berkualiti dengan harga berpatutan serta memberikan kemudahan membeli secara borong dan produk segar terus dari sumber tempatan.

Antara promosi hebat yang ditawarkan kepada ahli ST Kad sempena pemukaan ini adalah lebih 100 barangan promosi berharga serendah RM0.08 sen hingga RM0.88 sen, dengan jumlah keseluruhan lebih 300 barangan promosi. Promosi selama 14 hari 14 malam bermula 19 Mac hingga 1 April ini. 

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bulan Bintang Promosikan Baju Melayu Di Starhill, Netizen Pula Nampak Berhala?!

Rodtang Jitmuangnon Tampil Segak Berbaju Melayu Elrah di Face-Off ONE 172