in ,

Jijik! Rosyam Nor Buat Perangai Lama Lagi?

Jika tahun lalu penonton pernah meluat dengan karakter Iman dalam drama “Keluarga Itu”, kali ini Datuk Rosyam Nor hadir dengan satu lagi watak yang dijangka mengundang rasa geram penonton.

Menerusi drama baharu TV3 berjudul “Jiwa Seorang Pentaksub”, Rosyam membawakan watak Firzan, seorang pemimpin berpengaruh yang disanjung masyarakat tetapi menyembunyikan sisi gelap yang penuh manipulasi dan ketaksuban.

Menariknya, karakter Firzan mempunyai beberapa persamaan dengan watak Iman dalam “Keluarga Itu” yang pernah menjadi bualan hangat ramai kerana sikap hipokrit, manipulatif dan tindakannya yang merosakkan institusi keluarga.

Dalam drama tersebut, Rosyam membawa watak Iman Khalid, seorang tokoh agama yang dihormati masyarakat namun menyimpan pelbagai rahsia dan konflik di sebalik imej baiknya.

Watak Iman juga pernah mencetuskan kemarahan penonton sehingga Rosyam sendiri mengakui ramai yang berasa jijik, marah dan meluat dengan karakter tersebut kerana terlalu menjadi.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Datuk Rosyam Nor, Sophia Albarakbah dan Rita Rudaini.

APA
Drama bersiri “Jiwa Seorang Pentaksub”.

BILA
Bermula 1 Jun 2026.

DI MANA
Slot Samarinda TV3 dan iQIYI.

MENGAPA
Mengangkat kisah ketaksuban terhadap kuasa, pengaruh dan nafsu.

BAGAIMANA
Melalui perjalanan seorang pemimpin yang sanggup memusnahkan keluarganya sendiri demi kehendak peribadi.
Datuk Rosyam Nor

Firzan Lebih Taksub Dengan Kuasa

Dalam “Jiwa Seorang Pentaksub”, Firzan bermula sebagai seorang pemandu peribadi kepada ahli politik berpengaruh sebelum berjaya membina empayar dan pengaruhnya sendiri.

Namun semakin tinggi kedudukan yang dicapai, semakin besar ketaksubannya terhadap kuasa.

Bagi Firzan, segala-galanya boleh dimiliki termasuk manusia yang berada di sekelilingnya.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila dia mula menaruh minat terhadap Diana, seorang pempengaruh media sosial yang juga teman wanita anak lelakinya sendiri, Aiman.

Apa yang bermula sebagai keinginan akhirnya bertukar menjadi obsesi sehingga Firzan sanggup memanipulasi keadaan demi mendapatkan wanita tersebut.

Rita Rudaini

Topeng Seorang Pemimpin

Di mata masyarakat, Firzan dilihat sebagai seorang tokoh berjaya yang disegani ramai.

Namun di sebalik imej sempurna itu, dia sebenarnya seorang lelaki yang sentiasa mahukan lebih banyak kuasa, pengaruh dan kepuasan diri.

Dalam masa sama, hubungan Firzan dengan anak-anaknya juga semakin retak akibat sikap mementingkan diri sendiri.

Rahsia demi rahsia mula terbongkar sehingga mengancam segala yang dibinanya selama ini.

Sophia Albarakbah

Watak Yang Akan Buat Penonton Menyampah

Menurut Rosyam, Firzan merupakan seorang lelaki yang tidak pernah merasakan dirinya bersalah.

“Firzan ni fikir dia sentiasa rasa dia betul. Dia tak nampak dirinya sebagai penjahat dan bijak bermain dengan persepsi supaya orang percayakannya,” katanya.

“Saya pasti penonton akan geram dan menyampah dengan sikap Firzan yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia ada,” katanya lagi.

Ady Mohammad

Dibintangi Barisan Pelakon Popular

Selain Rosyam Nor, drama 25 episod ini turut dibintangi Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle, Ady Mohammad dan Ariff Idrus.

“Jiwa Seorang Pentaksub” merupakan arahan Nur Ain Sharif dan diterbitkan oleh Suhan Movies.

Drama ini mula bersiaran pada 1 Jun 2026 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Ariff Idrus

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ke Mana Hilangnya Instagram mStar?

RM20 Juta Dah Dalam Tangan, Mampukah Colony Pecah Rekod Lebih Besar Minggu Depan?