in ,

Pakai Selempang Bride To Be, Eyka Farhana Bakal Dirikan Rumah Tangga?

Sepotong video memaparkan majlis ‘bachelor party’ yang meraikan pelakon Eyka Farhana berjaya mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa rakan artis lain yang turut menyertai acara yang diberi nama Eyka’s Galentine’s Dinner, seperti Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Yaya Zahir dan Mimi Lana.

Malah lebih menarik perhatian lagi, pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat mengenakan selempang ‘bride to be’ ketika melakukan video ‘lip sync’ lagu Garam dan Madu bersama rakan artis yang lain.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya beranggapan pelakon filem ‘Anak Perjanjian Syaitan 2’ itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

“Yay Eyka nak kahwin.”

“Wah bride to be,”

“Selepas Shafiq Kyle, Akhyar Rashid pula,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.

Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Marsha Rai Kemenangan AJL39 Bersama Anak Yatim & Asnaf, Lebih 10 Tahun Jalinkan Ukhwah Dengan Rumah Baitun Nurrawdhah

Dua Hari Dilancarkan, Single Terbaru Fattah Amin Lelaki Terakhir Trending Di YouTube