in ,

Fazura Tak Tolak Berkahwin Lagi – “Semoga Yang Terbaik Buat Saya”

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dipertemukan jodoh.

Menerusi hantaran di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin dapat dilihat sedang membuat tutorial mengenakan hijab. 

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila ada netizen yang memuji aktres itu nampak cantik dan berseri seperti ingin bernikah.

Tidak melatah, bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Doakan saya dan walaupun saya dah single tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya.”

“Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik buat saya. dan Fatima. Doakan okay,” katanya.

Pada 13 Disember lalu, Fazura mengumumkan telah selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin pada 7 Oktober 2024.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tiket Konsert KRU ‘Sold Out’ Sejam Lepas Dilancarkan, Bakal Adakan Jualan Kali Kedua 23 Disember Ini!

Mesra Bersama, Netizen Sokong Syed Saddiq Kahwin Dengan Bella Astillah – “Bagai Pinang Dibelah Dua”