in ,

Bergurau Nak Kahwin Dua, Ini Respons Isteri Haqiem Rusli – “Kahwin Lah, Tapi…”

Penyanyi, Haqiem Rusli memuat naik hantaran bertanyakan pendapat isterinya, Anis Sofea sekiranya dia memperisterikan wanita lain.

Menjawab kepada soalan yang diajukan, isteri kepada pelantun lagu Tergantung Sepi itu menyatakan bahawa dia tidak kisah berpoligami, namun ragu-ragu sekiranya wanita lain mampu membahagiakan Haqiem seperti dirinya.

“Fea (Sofea), Aqiem nak tanya ni, tapi soalan ni agak merunsingkan, tak tahu lah Fea marah ke tak. Fea okay ke kalau Aqiem kahwin dua?” soal Aqiem.

“Fea rasa kalau Aqiem kahwin dua, kahwin lah, tapi Fea tak rasa perempuan tu boleh jaga Aqiem macam Fea jaga Aqiem.”

“Fea tak rasa perempuan tu boleh sayang Aqiem macam Fea sayang Aqiem, jadi Aqiem fikirlah sendiri,” jawab Sofea.

@haqiem_1998

Bergurau-gurau je tau,don’t take it seriously 😙

♬ original sound – Haqiem Rusli – Haqiem Rusli

Bagaimanapun, pada penghujung video, penyanyi berusia 27 tahun itu memberitahu soalan yang diajukan hanyalah sekadar gurauan kerana ingin mahu melihat reaksi isterinya berkaitan topik tersebut.

Sekadar info, Haqiem Rusli mendirikan rumah tangga dengan Wan Anis Sofea pada 19 November 2021.

Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu bagaimanpun belum dikurniakan sebarang cahaya mata.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bakal Timang Anak Pertama, Atikah Suhaime Kongsi Perkara Yang Akan Dirindukan Semasa Hamil – “Gemuk Pun Orang Tak Judge”

Tujuh Tahun Jadi Penyampai Radio, Sharifah Shahirah Ambil Keputusan Tinggalkan Suria FM