Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39), Marsha atau nama sebenar Marsha Milan Londoh memilih untuk meraikan kemenangan bersama anak-anak yatim dan golongan asnaf Baitun Nurrawdhah.
Menerusi hantaran dikongsikan di Instagram, Marsha kelihatan gembira meraikan kejayaan dikecapinya melalui lagu Hening Rindu, sebuah karya ciptaan Ikhwan Fatana.

Menurut sumber, ukhwah di antara penyanyi berusia 40 tahun itu bersama pusat Baitun Nurrawdhah telah pun terjalin lebih 10 tahun yang lalu.
Sekadar info, Marsha sebelum ini berjaya merangkul gelaran juara di AJL39 selepas 20 tahun menjejakkan di industri muzik tanah air.
Kejuaraan itu sekaligus melayakkan Marsha membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi utama.



GIPHY App Key not set. Please check settings