Penyanyi Zizi Kirana berkongsi tentang saat di mana dirinya dilamar oleh suami iaitu Yusuf Bahrin.

Menerusi satu sesi podcast yang dikongsikan di TikTok, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, menyifatkan Yusuf sebagai seorang yang berterus terang dan berani.
Tambah pelantun lagu EH itu lagi, Yusuf juga sanggup menghubungi ibu Zizi menerusi panggilan video bagi menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama penyanyi tersebut.
“Yusuf tanya ‘Zizi awak nak kahwin bila?’ Dia (Yusuf) yang tanya. ‘Saya nak kahwin dengan awak’.”
“Saya terperanjat, tapi saya cakap ‘okeylah pergi call mummy’. Dia pergi betul-betul minta nombor telefon mummy. Masa tu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak boleh lagi merentas negeri,” ujarnya.
“Mummy macam ‘kau yakinkah? Kau serius ke ni?’ Saya macam okey sahaja dan akhirnya kami bergelar suami isteri,” kongsinya.
Sekadar info, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.
Pasangan berkenaan bagaimanapun belum dikurniakan sebarang cahaya mata kerana Zizi sebelum ini pernah mengalami keguguran sekitar akhir tahun 2021.



GIPHY App Key not set. Please check settings