Penyanyi rap, MK K-Clique dilantik sebagai duta bagi jenama pakaian aju raya yang sedang meningkat naik iaitu Armaan.
Tidak seperti selebriti lain yang memilih untuk menjadi duta kepada jenama terkenal, MK berpendapat jenama-jenama lain juga perlu diberi peluang untuk meningkat naik.
MK berkata walaupun dia sudah bekerja dengan pelbagai jenama-jenama yang memberikan tawaran tersendiri, namun untuk kali ini dia lebih percaya kepada konsep berkongsi rezeki.
Menarik lagi, MK tertarik untuk berkolaborasi dengan jenama Armaan kerana kisah disebaliknya dimana ianya dibangunkan bersempena anak sulung pengasas yang meninggal dunia.
Menyentuh soal harga, MK menyatakan dia tidak meletakkan nilai berdasarkan nama atau populariti, sebaliknya dia lebih mengutamakan aspek komitmen dan kerja-kerja yang dia mampu lakukan.
Armaan memperkenalkan lima koleksi baju untuk hari lebaran ini iaitu Baju Melayu Premium, Baju Melayu Eksklusif, Kurta Johor Klasik, Kurta Moden dan Baju Melayu Kanak-Kanak.
GIPHY App Key not set. Please check settings