in ,

Banyak Fesyen ‘Pelik’, Ini Antara Pakaian Paling ‘Daring’ Semasa Anugerah Grammy Ke-67

Ahad lalu telah berlangsungnya anugerah Grammy yang ke-67 yang diadakan di Crypto.com Arena, Los Angeles.

Bagaimanapun apa yang menyorot perhatian adalah acara karpet merah Grammy yang menampilkan ramai artis-artis Hollywood berpakaian separuh bogel dan pelik.

Berikut merupakan antara artis yang mengenakan pakaian ‘daring’ semasa anugerah berprestij tersebut:

5. Miley Cyrus

    Miley Cyrus yang terkenal dengan lagu The Climb memperagakan pakaian serba hitam semasa acara karpet merah. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah baju jenis ‘see-through’ yang dipakai oleh Miley memperlihatkan seluar dalamnya yang berwarna hitam.

    4. Chrissy Teigen

      Personaliti televisyen dan model, Chrissy Teigen tampil dengan pakaian seksi berwarna perak berserta mantel yang menampakkan keseluhan kaki dan lurah pada bahagian dada.

      3. Charlotte Lawrence

        Pelakon dan penyanyi, Charlotte Lawrence tampil ‘berani’ dengan memperagakan baju jarang yang memperlihatkan bahagian dadanya.

        2. Sabrina Carpenter

          Pelantun lagu Espresso, Sabrina Carpenter mengenakan gaun sutera berona biru semasa acara karpet merah. Apa yang menarik tentang baju berkenaan adalah bahagian belakang yang terdedah sehingga menampakkan sedikit bahagian punggung Sabrina.

          1. Bianca Censori

            Pakaian separuh bogel bukanlah sesuatu yang asing lagi buat isteri kepada penyanyi rap, Kanye West iaitu Bianca Censori. Tampil paling ‘berani’, Bianca memperlihatkan keseluruhan tubuhnya apabila dia memperagakan pakaian jarang yang tidak menutup sebarang bahagian badan. 

            Pasangan tersebut bagaimapun dihalang daripada menyertai acara tersebut selepas didakwa tidak mendapat sebarang jemputan ke anugerah berkenaan.

            Ditulis oleh Muhd Firdaus

            Tinggalkan Balasan

            Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

            GIPHY App Key not set. Please check settings

            Isteri Kanye West Tampil Berbogel Di Anugerah Grammy, Dihalau Kerana Tidak Diundang

            Disoal Tentang Ciri-Ciri Lelaki Idaman, Ini Respons Bella Astillah – “Tak Hisap Rokok, Vape & Yang Paling Penting…”