in ,

Digosipkan Dengan Fattah Amin, Rakan Artis Usik Amira Othman – “Happy Kawan Bahagia”

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menjadi ‘bahan’ gurauan rakan artis dan netizen selepas khabar angin percintaannya hangat diperkatakan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, mempromosikan hijab daripada satu jenama.

Bagaimanapun, foto yang dimuat naik oleh pelantun lagu Hati-Hati itu menjadi usikan rakan-rakan artis apabila wajahnya disifatkan semakin berseri sejak spekulasi hubungannya bersama pelakon, Fattah Amin menjadi ‘buah mulut’ ramai pihak.

Sekadar info, Amira Othman sebelum ini berkongsi video rangkuman 2024 memperlihatkan seorang lelaki bertopi dan memakai cermin mata hitam.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata netizen tertanya-tanya tentang identiti lelaki  itu dan ada juga yang mendakwa bahawa individu berikut merupakan Fattah Amin.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

1 Comments

  1. Saya ini cerai Fazura mahkamah syariah Fattah Amin pelakon ini cik Nor Rosyam polis salah seorang aamir aothma video pos Malaysia Tik tok suami isteri Dua wanita orang suka aamir aothma

Zizi Kirana Kongsi Cerita Dilamar Yusuf Bahrin – “Saya Terperanjat…”

Dituduh Tak Move On, Sherry Ibrahim Berang Dengan Netizen – “Awak Tunggu Peguam Saya”