in ,

Selamba Buat Presentation, Netizen Puji Keyakinan Datuk Vida – “Sebab Tu Dia Berjaya”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencuri tumpuan apabila tampil melakukan pembentangan di dalam kelas anaknya iaitu Cik B.

Menerusi hantaran di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman difahamkan melakukan pembentangan tersebut bagi jurusan perniagaan semasa sesi pembelajaran di University of London.

“Ini salah satu pembentangan berkumpulan dalam Jurusan Perniagaan Datuk Seri Vida dekat University of London.

“Bahagian Datuk Seri Vida adalah berkaitan pelancaran produk. Kajian tentang jenama Nike,” tulis akaun berkenaan di ruangan kapsyen.

@quputehtomatohq

Ini one of group Presentations dalam Course Busness Study DSV kat Uni of Lonfon.. Part DSV Product Lounching. Kes Study Brand NIKE.. Jam NIKE..‼️DSV sekelas dgn CIk B ✅@cikb_havoc66 ..BELASAH jer..Janji confident & amazing belasah je la😂 #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #fypgakni #fypシ #masukberanda #masukberandafypシ #dsvgelak #datoserivida

♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA – EMPAYAR DATO SERI VIDA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh usahawan berusia 54 tahun itu.

“Sebab tu dia berjaya. Keyakinan yang sangat tinggi,”

“Ini baru betul ‘presentation’,”

“Suka keyakinan Datuk Seri Vida,”

“Kagum tengok. Another level of Datum Seri Vida, bravo!”

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 200,000 tontonan dan 5,000 tanda suka di TikTok.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Sentiasa Nampak Tenang, Raf Yaakob Titip Pesanan Tentang Move On – “Belajar Untuk Menerima”

Zizi Kirana Kongsi Cerita Dilamar Yusuf Bahrin – “Saya Terperanjat…”