in ,

Juara Talk To My Manager 2 Milik Adira & Anggrek

Selepas 10 minggu bersaing di pentas Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2), pasangan Adira Suhaimi dan anak sulungnya, Anggrek Adenan akhirnya dinobatkan sebagai juara program realiti tersebut.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan pasangan pengurus dan peserta berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi, emas tajaan Payang Jewellery, pakej penginapan tajaan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, peruntukan pengurusan dan pemasaran daripada Rocketfuel Entertainment serta rakaman sebuah single baharu.

Menurut Adira, penyertaannya dalam program tersebut bukanlah semata-mata untuk mengejar kemenangan, sebaliknya mahu memberi peluang kepada Anggrek menimba pengalaman dalam dunia hiburan.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah terfikir kami akan menang dan tetap berpegang pada tujuan asal untuk Anggrek belajar serta mendapatkan pendedahan.

“Semua ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka buat Anggrek dan saya berterima kasih kepada semua yang menyokong serta memberi komen sepanjang pertandingan ini,” katanya.

BUZZ RINGKAS

JUARA
Adira X Anggrek.

HADIAH UTAMA
RM30,000, trofi, emas, pakej penginapan dan single baharu.

NAIB JUARA
Jamilulhayat X Hussain.

TEMPAT KETIGA
Datuk Seri Vida X Cik B.

ISTIMEWA
Adira X Anggrek turut menang Anugerah Kasih Eskayvie.

Persaingan Sengit Hingga Minggu Akhir

Tempat kedua menjadi milik Jamilulhayat dan Hussain yang membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Sementara itu, pasangan Datuk Seri Vida dan Cik B menduduki tempat ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Datuk A. Aida bersama anaknya, Azeva pula berada di kedudukan keempat manakala Safura dan Kim Khairii melengkapkan senarai lima terbaik musim ini.

Senarai Penuh Pemenang TTMM2

Juara

  • Adira X Anggrek

Naib Juara

  • Jamilulhayat X Hussain

Tempat Ketiga

  • Datuk Seri Vida X Cik B
  • Anugerah Manager Paling Loud & Proud

Tempat Keempat

  • Datuk A.Aida X Azeva
  • Anugerah Manager Paling I Don’t Care, I Want It, I Got It

Tempat Kelima

  • Safura X Kim Khairii
  • Anugerah Manager Paling Trust The Process

Manager Paling Perform

  • Jamilulhayat X Hussain
  • Hadiah Cruise Travel dan RM1,010.10

Anugerah Kasih Eskayvie

  • Adira X Anggrek
  • RM10,000

Anugerah Manager Paling Luar Nampak Tenang Dalam Hati Siapa Yang Tahu

  • (Pemenang diumumkan pada malam akhir)

Penutup Musim Yang Penuh Warna

Dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Haji Nawawi bersama barisan juri Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal, TTMM2 berjaya mencuri perhatian penonton menerusi konsep unik yang menggabungkan hubungan pengurus dan artis dalam satu pertandingan.

Kejayaan Adira dan Anggrek membuktikan bahawa pengalaman, bimbingan serta kesungguhan mampu menjadi formula kemenangan, sekali gus menutup tirai musim kedua dengan penuh bergaya.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tempah Hotel & Taman Tema Genting Jadi Lebih Mudah Dengan Agoda