in ,

Sentiasa Nampak Tenang, Raf Yaakob Titip Pesanan Tentang Move On – “Belajar Untuk Menerima”

Bekas suami kepada pelakon, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob menitipkan pesanan berkaitan ‘move on’ dalam percintaan.

Dalam hantaran di TikTok, seorang netizen bertanyakan kepada Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob tentang bagaimana dia sentiasa kelihatan tenang walaupun sudah berpisah dengan insan yang tersayang.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Raf mengakui untuk melupakan seseorang yang disayangi sememangnya sukar namun berpesan agar sentiasa menerima ketentuan takdir.

“Ya untuk ‘move on’ akan sentiasa susah, terutamanya bila kita sayang seseorang tu sangat-sangat.

“Kita tahu kita dah berikan segalanya tetapi pada akhirnya jika saling tidak ada kesefahaman dan tahap komitmen yang tidak sama, jadi apa tujuannya untuk kita kekal bersama?”

“Jadi guna itu sebagai sebab untuk ‘move on’ dan belajar untuk menerima bahawa Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kamu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Raf turut berpesan supaya tidak membenci bekas pasangan dan mendoakan yang terbaik walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan.

“Jangan pernah membenci seseorang (pasangan). Sebab perkara sebegini tidak boleh dipaksa, ia berlaku secara natural.”

“Jadi doakan yang terbaik untuk orang tu dan berlalu pergi kerana akan ada hari di mana ada insan yang akan menghargai kamu berdasarkan apa yang kamu berikan ketika dalam perhubungan,” ujarnya.

Sekadar info, Raf mendirikan rumah tangga bersama Mawar Rashid pada tahun 2017. 

Pasangan berikut bagaimanapun berpisah pada November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dituduh Jual Sate Harga Yahudi, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan – “Daging Sate Saya Premium”

Selamba Buat Presentation, Netizen Puji Keyakinan Datuk Vida – “Sebab Tu Dia Berjaya”