Baru sahaja sejam dilancarkan, tiket konsert genKRU oleh trio legenda KRU yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mei depan, habis terjual secara atas talian bermula 11 pagi tadi.

Fenomena tersebut membuktikan populariti kumpulan KRU masih mengungguli carta hati peminat pelbagai generasi.
Kemunculan semula pelantun lagu popular Fanatik itu juga nyata dinantikan peminat setianya yang telah siap sedia untuk bertarung di depan peranti masing-masing bagi mendapatkan tiket ke konsert bertemakan era 1990-an itu.
Sementara itu, penganjur konsert berkenaan, Iman Tang daripada Icon Entertainment berkata, atas permintaan ramai, pihaknya akan mengumumkan penjualan tiket bagi konsert hari kedua dalam masa terdekat.
Menurut Iman seramai 10,000 pembeli tiket sudah bersedia untuk ‘battle’ membeli tiket seawal 8.30 pagi dan ini merupakan satu penghargaan dan respons positif untuk artis tanah air.
“Kita buka pembelian tiket pada 11 pagi tadi dan ia habis dijual sejam kemudian. Kami sangat terharu dengan sambutan di luar jangka ini.
“Fenomena ini sudah dijangka kerana melihatkan populariti dan profil KRU yang merupakan antara ikon negara kita,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sumber: BERNAMA
GIPHY App Key not set. Please check settings