in ,

“Cerdiknya” – Nyanyi Lagu Fazura, Gelagat Fatima Buat Netizen Terhibur

Gelagat anak kepada pelakon Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mencuri perhatian netizen di TikTok.

Menerusi video berdurasi satu minit yang dikongsikan, dapat dilihat puteri kepada pelakon filem Pendekar Awang tersebut menyanyikan lagu ibunya sendiri yang berjudul Sayangi Dirimu.

@fazura.officialstore

masyaAllah nyama hafal lirik lagu mommy dia anak bijak betul la 😍🥰 #fazura #tudungfazura #fatzura #fatima

♬ original sound – Fazura.Official – Fazura.Official

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecerdikan Fatima serta ada juga sebahagian yang mendoakan anak tunggal Fazura tersebut berjaya di kemudian hari kelak.

“Smart girl. Moga membesar dengan sihat, nanti boleh jaga mama Faz (Fazura),”

“Cerdiknya,”

“Bijaklah Fatima, budak pandai,”

“MasyaAllah, bijaklah.”

Sekadar info, Nur Fatima Aisya merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Fazura bersama aktor, Fattah Amin.

Hubungan pasangan tersebut bagaimanapun menemui titik noktah selepas Fattah Amin melafazkan cerai talak satu pada 7 Oktober 2024.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dituduh Sombong Oleh Pelawak, Ini Respon Shuk Sahar – “Aku Kalau Berkawan…”

Dituduh Jual Sate Harga Yahudi, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan – “Daging Sate Saya Premium”