Pelawak Australia yang dikenali dengan gaya komedi deadpan, Aaron Chen, bakal membawa persembahan terbaharunya, Technology, ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober ini.
Persembahan berkenaan akan berlangsung di HXC Grand Ballroom, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam, sekali gus memberi peluang kepada peminat tempatan menyaksikan sendiri persembahan komedi yang sebelum ini mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Aaron Chen, pelawak, pelakon dan penulis Australia yang memenangi Anugerah Logie.
APA
Persembahan komedi berdiri bertajuk ‘Technology’.
BILA
20 Oktober 2026, jam 8 malam.
DI MANA
HXC Grand Ballroom, Kuala Lumpur.
MENGAPA
Aaron Chen membawa persembahan terbaharunya ke Kuala Lumpur untuk pertama kali, dengan teknologi sebagai tema utama komedi.
BAGAIMANA
Persembahan menampilkan gaya komedi deadpan, pemerhatian surreal dan humor absurd Aaron Chen. Tiket boleh didapati menerusi MAISeat.
Teknologi Jadi Bahan Komedi

Menerusi Technology, Aaron menjadikan perkembangan AI, algoritma, telefon pintar dan mesin pintar sebagai bahan pemerhatian komedi.
Persembahan itu mengetengahkan sisi pelik kehidupan moden menerusi gaya penyampaian Aaron yang terkenal dengan humor bersahaja, pemerhatian yang surreal serta jenaka yang berkembang secara perlahan tetapi semakin tidak masuk akal.
Pendekatan tersebut menjadi antara identiti Aaron yang tidak memerlukan aksi berlebihan untuk menghasilkan humor, sebaliknya bergantung kepada cara beliau melihat perkara biasa daripada sudut yang tidak dijangka.
Pernah Menang Anugerah Di MICF

Aaron bukan nama baharu dalam dunia komedi Australia apabila pernah memenangi anugerah Best Newcomer di Melbourne International Comedy Festival (MICF) pada 2017.
Dia kemudian menerima Director’s Choice pada 2019 dan pencalonan Best Show pada 2021, sebelum meraih MICF People’s Choice Award pada 2024 bagi persembahan dengan jumlah jualan tiket tertinggi.
Pengalamannya di pentas komedi turut disokong dengan penampilan dalam beberapa produksi seperti Fisk, The Dink dan Guy Montgomery’s Spelling Bee.
Karya Aaron Raih Perhatian Antarabangsa
Selain persembahan secara langsung, Aaron turut mempunyai rekod kukuh menerusi karya komedi dalam talian dan televisyen.
Persembahan khasnya, If It Weren’t Filmed, Nobody Would Believe, mencatat hampir dua juta tontonan di YouTube, manakala A Life in Questions terbitan Adult Swim pula menerima pencalonan AACTA bagi kategori Best Short Form Comedy Special.
Aaron turut muncul menerusi rancangan khas Netflix, Funny Garden, yang mengukuhkan lagi namanya sebagai antara pelawak Australia yang mendapat perhatian penonton antarabangsa.
LOL ASIA Bawa ‘Technology’ Ke KL

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LOL ASIA, Rizal Kamal, tema persembahan Aaron dilihat cukup dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini yang semakin bergantung kepada teknologi dan AI.
“AI sedang mengubah cara kita bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan seharian. Sebab itu, kami rasa ini masa yang tepat untuk membawa persembahan seperti Technology ke Kuala Lumpur,” katanya, Rizal Kamal.
Persembahan Technology akan berlangsung pada Selasa, 20 Oktober 2026, jam 8 malam di HXC Grand Ballroom, Kuala Lumpur.
Tiket untuk menyaksikan Aaron Chen boleh didapati menerusi MAISeat.



GIPHY App Key not set. Please check settings