in ,

Artis Dari 4 Buah Negara Hiburkan Malaysia 2 Malam Berturut-Turut

Festival Banyak Bagus (BBF) 2024 mencipta sejarah tersendiri selepas menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina buat julung kalinya.

Konsert yang berlangsung selama dua hari bermula 4 May hingga 5 May di Mines International Exhibition & Convention Centre menampilkan barisan penyanyi seperti Dolla, Jaclyn Victor, Aisha Retno, Insomniacks mewakili Malaysia, Tilly Birds, Nanon, Getsunova, LYKN dan 4EVE mewakili Thailand manakala artis Filipina diwakili Ben & Ben, Zack Tabudlo, wakil Indonesia pula merupakan Lyodra dan Fabio Asher.

Menurut Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment, David Chua Boon Ghee, populariti menjadi kriteria utama dalam pemilihan barisan artis kerana ia mampu menarik peminat mereka ke konsert tersebut.

“Kita tahu artis yang kita senaraikan ini mempunyai ramai peminat, bukan sahaja di negara mereka sendiri tetapi di negara asia lain.

“Pemilihan mereka turut dibantu peminat yang memilih mereka menerusi kaji selidik kami lakukan dalam media sosial,” kata ketikat ditemu di sidang akhbar BBF2024 yang berlangsung di Madam Lee Nyonya Private Dining, Palm Garden Hotel Putrajaya.

Selepas menimba pengalaman menganjurkan beberapa konsert di luar negara, David mendapat idea untuk menggabungkan barisan artis solo dan kumpulan dari empat negara.

“Selepas menimba pengalaman di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 10 tahun dalam bidang penganjuran konsert dan penerbitan muzik, saya melihat muzik dari Asia mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Berdasarkan sambutan yang diberikan, saya percaya percaya muzik dari Asia berpotensi untuk diperkembangkan memberi idea untuk saya menggabungkan artis dari empat negara di bawah satu pentas,” kata David.

BBF 2024 yang dibawakan Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula 4 Mei hingga 5 Mei.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kardinal Raikan Lebaran Di IllumiRaya

Puteri Sarah Gembira Bawa Keluarga Pergi Umrah, Jadi Duta In Saff Travel