in ,

#jomtonton DUNKI • Shah Rukh Khan, Taapsee Pannu

JOM TONTON filem terbaharu arahan Rajkumar Hirani yang terkenal dengan filem PK & 3 Idiots. Pertama kali bergandingan dengan pelakon Shah Rukh Khan, Dunki merupakan sebuah filem drama komedi yang digarap berdasarkan kisah teknik penyeludupan manusia/imigran secara haram.

  • 🎞 FILEM : DUNKI
  • 🗣️ BAHASA : Hindi
  • 📣 ARAHAN : Rajkumar Hirani
  • 👫🏼 PELAKON : Shah Rukh Khan, Taapsee Pannu, Vicky Kaushal
  • ⏰ DURASI : 161 minit
  • F8Buzz kasi ⭐️⭐️⭐️⭐️

Dunki kini ditayangkan di semua pawagam berhampiran anda.

Sinopsis & Ulasan Mendalam (Spoiler Alert!)

Hardy (Khan) tiba di kampung Laltu di Punjab, di mana dia bertemu Manu (Taapse Pannu), Balli (Anil Grover) dan Buggu (Vikram Kochhar). Setiap daripada mereka mempunyai sebab tersendiri untuk berhijrah ke London. Hardy, bekas pegawai Tentera, tidak perlu pergi, tetapi cintanya kepada Manu mendorongnya untuk meninggalkan rumah dan tanah air.

Perjalanan bermula dengan usaha mendapatkan visa untuk ke England. Halangan utama adalah kerana kesemua watak miskin dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Setelah berusaha dengan mengikuti kelas bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Geetu (Boman Irani), mereka tetap gagal.

Akhirnya semua mengambil keputusan untuk mengunakan jalan pintu belakang secara haram yang juga dikenali sebagi Dunki (Donkey Flight).

Komedi Bersahaja & Air Mata

Pada awal Dunki, satu perspektif mudah, lucu tetapi menyentuh hati terhadap penduduk Laltu yang miskin dan ingin mencari sinar harapan yang lebih baik di luar negara ditonjolkan. Terdapat juga kisah antara dua darjat seperti selalu ditpaparkan Bollywood kepada dunia.

Berbagai cara dan usaha mendapatkan visa dilakukan. Amat sukar sebenar untuk mereka yang miskin dan kurang berpendidikan untuk mendapat visa bukan sahaja untuk menetap atau bekerja, malahan melawat negara maju seperti England, Amerika dan Canada.

Usaha diteruskan dengan cuba untuk belajar Bahasa Inggeris dengan harapan mendapatkan visa belajar ke England. Di sinilah banyak saat-saat lucu, bersahaja yang mampu mebuatkan ramai ketawa.

Tema pendatang haram mungkin agak baru untuk industri filem Hindi, tetapi ia telah digarap dengan agak baik, tentang perjalanan berbahaya yang dilakukan oleh mereka dipanggil ‘keldai’ di babak kedua. Perasaan menjadi lebih emosi apabila kredit akhir menunjukkan beberapa fakta dan angka yang dikuatkan dengan foto pendatang tanpa izin yang menyayat hati.

Hirani sentiasa mendahulukan emosi berbanding logik. Diselitkan dengan jenaka tidak keterlaluan untuk menjentik perasaan. Di sini, dia melakukannya sekali lagi, tetapi hasilnya tidak konsisten dan berkarisma seperti yang filemnya yang lalu.

Dengan ketiadaan dimensi watak yang menarik dan gambaran separuh realistik tentang komplikasi yang terlibat dalam menyeludup manusia merentasi sempadan, filem ini hanya berada di permukaan dan tidak menyelam lebih dalam. Penerokaan sepintas lalu kesusahan pendatang terlalu umum untuk memberi kesan emosi.

Kisah cinta antara Hardy dan Manu juga tidak mencipta chemistry yang kuat. Taapsee gagal melemparkan aura yang diperlukan oleh cerita untuk seorang lelaki itu menunggunya selama 25 tahun. Pelakon sokongan adalah mantap, terutamanya Vicky Kaushal, yang mengulangi watak ruji dalam dunia filem Hirani, sebelum ini dikarang oleh Jimmy Shergil dan Ali Fazal dalam Munna Bhai M.B.B.S. dan 3 Idiots. Vikram Kocchar dan Anil Grover menyerlah tetapi Boman Irani tidak banyak diuji.

Secara keseluruhannya, bukan karya Hirani yang terbaik, tetapi Dunki tetap mampu membuatkan anda ketawa, sedih dan gembira.

Dunki kini ditayangkan di semua pawagam berhampiran anda


Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Shiha Zikir Buktikan Kalam Bukan Lagu Sendu

Wartawan Hiburan kritikal di London