in ,

Shiha Zikir Buktikan Kalam Bukan Lagu Sendu

Shiha Zikir bersyukur apabila karya etnik nyanyiannya, Kalam diumum mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) selepas mempertaruhkan dua buah lagu pada peringkat Semifinal Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38).

Walaupun dicemuh segelintir warganet melabelkan lagu karyanya sendiri bersama komposer muda Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves sebagai sebuah lagu sendu, Shiha tenang mengatakan bahawa dia kekal dengan prinsipnya yang mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

“Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 buah karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” jelasnya.

Shiha meluahkan rasa syukur dan mendedahkan bahawa dirinya menaruh harapan tinggi terhadap Kalam untuk berjaya mara ke AJL38.

“Sebenarnya dari peringkat separuh akhir lagi Shiha berasa sebak dan terharu kerana ramai peminat sedar kewujudan lagu Kalam dan mengundinya hingga ke tahap ini.

“Sekarang ni bila layak ke AJL, rasa gembira dan bersemangat memandangkan lagu ini sangat bermakna buat Shiha kerana ia sebuah lagu tradisional fusion.

“Shiha memang nak sangat lagu-lagu berentak tradisional macam ni layak ke peringkat tertinggi seperti AJL,” ulasnya.

Terdahulu, Shiha dipertikaikan oleh beberapa pihak terhadap kejayaannya meloloskan diri ke peringkat akhir AJL38 apabila dirinya kerap berjaya sejak AJL35.

“Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.

“Pada edisi AJL36 barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.

“Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan,” jelas Shiha.

Shiha menyatakan bahawa AJL merupakan satu penanda aras buat diri dalam penghasilan lagu-lagu baharu agar hasilnya berkualiti dan memenuhi cita rasa pendengar.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nas Muammar Zar Rupanya Keluang Man! Macam Mana Borhan Masuk Wad Gila?

#jomtonton DUNKI • Shah Rukh Khan, Taapsee Pannu