in ,

Shah Rukh Khan Malaysia, Mamuji Impi Menyanyi Untuk Filem Bollywood 

Kerap menyanyikan lagu-lagu Bollywood khususnya daripada filem lakonan Datuk Shah Rukh Khan, penyanyi, Mamuji, 33, tidak kisah sekiranya ada peminat dan pendengar menyamakannya dengan aktor terkenal tersebut.

Menurut Mamuji, walaupun mungkin akn berdepan dengan kritikan dan kecaman, dia bahawa Shah Rukh Khan adalah idolanya dalam bidang seni.

“Saya dapat gelaran begitu sebab selalu buat live di TikTok dan nyanyikan lagu-lagu hits daripada filem lakonan Shah Rukh Khan. Saya lihat penonton di saluran itu mereka suka tengok cara kita menyampaikan lagu itu dengan lakonan.

“Saya buat macam apa yang mereka suka. Tiru cara Shah Rukh Khan berlakon ketika menyanyi dalam filem dan peminat suka saya buat begitu. Tetapi tak sangkalah ada yang panggil saya Shah Rukh Khan Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, gelaran Shah Rukh Khan yang diberikan bukannya datang daripada diri sendiri sebaliknya diberikan oleh peminat.

“Tentang apa yang orang fikir atau bercakap, kita tak boleh tutup. Tetapi apa yang pasti, cara penyampaian kita semasa menyanyi itu yang orang suka tengok.

“Saya pun tak kata yang saya ini betul-betul ‘sebiji’ macam Shah Rukh Khan. Mungkin gaya itu adalah dalam lima atau 10 peratus. Bergantung pada mata yang melihat. Lagipun saya menyanyi dan tiru gaya SRK pun, sekadar mahu berseronok sahaja,”katanya.

Selain itu, Mamuji turut menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu Hindustan yang mungkin boleh dijadikan sebagai lagu runut bunyi untuk filem di Bollywood.

“Ini antara misi dan visi saya. Tak salah pun simpan angan-angan, mana tahu untung sabut timbul. Kalau dapat lagu-lagu saya dijadikan sebagai ost filem di Bollywood, itu dikira bonus,”

Sekadar info, Mamuji diundang sebagai penyanyi jemputan yang bakal membuka tirai konsert Udit Narayan di Pulau Pinang. 

Konsert tersebut juga akan menyaksikan pengacara Dee Jangan Ketawa dan penyanyi, Nadya Fharshah, dan Ar Wanz sebagai pembuka tirai acara.

Udit juga akan bergandingan dengan penyanyi tempatan, Siti Nordiana pada konsert tersebut.

Udit Narayan, yang terkenal dengan suara latar aktor Bollywood seperti Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan, telah menyanyikan lebih 25,000 lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada.

Kariernya yang menjangkau lebih tiga dekad telah memperolehnya 22.3 juta pendengar di Spotify, selain pelbagai anugerah muzik.

Tiket telah mula dijual sejak 28 Ogos 2024 yang lalu dan boleh didapati melalui ubertickets.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Redza Rosli Nafi Isteri Hamil – “Itu Semua Berita Palsu”

Hadir Majlis Ilmu Bersama Ibu Fattah Amin, Amira Othman Jadi Bahan Usikan Netizen – “Taaruf Dengan Bakal Mak Mertua”