in , , ,

Pembedahan Hidung Tidak Menjadi, Priyanka Chopra Akui Alami Depresi

Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra Jonas mengakui dia pernah mengalami depresi selepas pembedahan hidungnya tidak menjadi.

Menurut bekas Ratu Cantik Dunia tahun 2000 ini, dia mengalami masalah pernafasan dan doktor menemui pembentukan tisu di dalam saluran pernafasannya dan mencadangkan supaya dia menjalani pembedahan.

Perkara itu didedahkan isteri kepada Nick Jonas ini sewaktu diwawancara di dalam rancangan temubual The Howard Stern Show.

Kongsi pelakon filem Don ini lagi, selepas pembedahan itu dilakukan, bentuk hidungnya telah berubah dengan drastik sehingga membuatkan wajahnya kelihatan agak pelik.

“Ia merupakan fasa gelap dalam hidup saya. Saya telah digugurkan daripada membintangi tiga filem selepas melalui pembedahan itu. Saya rasa karier saya telah pun berakhir sebelum ia bermula. Wajah saya kelihatan berlainan, dan saya mengalami depresi yang sangat teruk,” katanya.

Disebabkan trauma dengan kejadian itu, Priyanka memilih untuk tidak keluar dari rumah dan situasi ini membuatkan ibu dan bapanya menjadi risau.

Bapanya serta doktor yang terlibat telah menasihatinya agar dia kembali membuat pembedahan untuk membetulkan bentuk hidungnya.

“Saya sangat takut untuk kembali ke bilik pembedahan. Tetapi bapa saya memberikan sokongan penuh dan berkata bahawa dia akan menemani saya di dalam bilik pembedahan. Dia sentiasa menyokong saya dan membantu saya untuk mengembalikan keyakinan diri,” kongsinya.

Selepas pulih, Priyanka terus mencipta nama di Bollywood sehingga menjadi pelakon gred A. Malah kehebatan Priyanka turut menawan hati penerbit di Hollywood dan menyuntingnya untuk membintangi siri popular, Quantico.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Peminat Dari Kelantan Ugut Nak Bunuh Diri, Ingin Jadi Isteri Kedua Aiman Tino

Dakwaan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Pernah Bercerai Dua Kali, Peguam Akan Jalankan Siasatan