in ,

Peminat Dari Kelantan Ugut Nak Bunuh Diri, Ingin Jadi Isteri Kedua Aiman Tino

Seorang peminat fanatik yang berasal dari Kelantan telah membuat ugutan bunuh diri andai dia tidak menjadi isteri kedua kepada penyanyi terkenal yang baru sahaja bergelar suami minggu lalu iaitu Aiman Tino.

Menurut ibu Aiman iaitu Hazelina, peminat berkenaan telah menghantar mesej kepada Aiman dan meluahkan hasratnya untuk menjadi isteri kedua.

“Dia merupakan peminat fanatik Aiman. Dulu mereka pernah bertemu dan dia telah meminta nombor telefon Aiman. Disebabkan dia dilihat terlalu meminati Aiman, jadi Aiman pun beri nombornya. Namun nombor berkenaan telah disebarkan kepada kawan-kawan dia yang lain.

“Dalam ‘group’ peminat Aiman juga dia sering hantar mesej cakap nak bunuh diri andai tak dapat jadi isteri kedua Aiman.

“Saya tak pernah nak kurang ajar dengan peminat-peminat Aiman, Tetapi dia terlalu mengganggu. Sehinggakan kakak Aiman iaitu Fara Hazel pun dia hantar mesej macam-macam. Adik Aiman pun kena termasuklah saya sendiri. Isteri Aiman pun turut diganggunya,” katanya  

Tangkap layar perbualan peminat

Kata Hazelina lagi, selepas sering diganggu Aiman telah memintanya untuk menyekat akaun peminat fanatik berkenaan.

“Selepas sudah ‘blocked’ dia buat akaun baru. Hantar lagi mesej bertubi-tubi. Malah dia pernah menyamar menjadi bapanya sendiri dan hantar mesej kata kenapa tak layan anak saya,” kongsinya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Hazelina akan membuat laporan polis untuk melindungi anaknya daripada perkara yang tidak diingini.

Laporan polis ter

“Saya takut peminat fanatik itu bunuh diri. Jadi saya ada muatnaik di Instagram saya minta orang ramai tolong cari keluarga dia untuk beritahu tentang perkara ini,” ujarnya. 

Terdahulu, Aiman telah selamat diijabkabulkan bersama suri hatinya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa pada 27 April lalu

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Filem VII XII Tampilkan Heroin Tanpa Hero

Pembedahan Hidung Tidak Menjadi, Priyanka Chopra Akui Alami Depresi