Peguam syarie yang mewakili pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais mengakui bahawa dia tidak tahu mengenai dakwaan anak guamnya pernah bercerai sebanyak dua kali bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
Menurut Azmi, Syamsul tidak pernah memberitahunya tentang perkara ini dan dia hanya mengetahui tentang dakwaan anak guamnya pernah bercerai menerusi media sosial.
“Saya pun baru tahu tentang perkara ini menerusi media sosial serta ramai yang bertanyakan saya tentang perkara ini. Saya perlu periksa dengan Syamsul dulu.
“Saya akan arahkan petugas saya membuat carian fail jika benar mereka pernah memfailkan penceraian ini seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Ditanya adakah akan jatuh talak tiga andai lafaz cerai berlaku pada prosiding seterusnya pada 25 Mei ini, kata Azmi andai benar Syamsul dan Puteri Sarah pernah bercerai sebanyak dua kali sebelum ini, maka talak tiga akan jatuh.
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahwa Syamsul dan Puteri Sarah pernah bercerai sebanyak dua kali dan lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada tahun 2020.
Kes penceraian pasangan ini masih berjalan di Mahkamah Syariah apabila kedua-dua mereka gagal mencapai persetujuan dan Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu. Prosiding kes ini akan disebut semula pada 25 Mei 2023.
GIPHY App Key not set. Please check settings