in ,

Bapa Berubah Sikap Selepas Kahwin Dengan Miera Leyana, Tak Bertegur Sapa Biarpun Bertemu Di Mahkamah

Anak tiri kepada pelakon Miera Leyana, Nur Izzah Rosland, 26, mengakui bapanya mula berubah sikap selepas berkahwin dengan aktres itu.

Malah nombor telefonnya juga telah disekat oleh bapanya sejak kejadian adiknya diambil oleh bapanya pada Februari lalu. 

Izzah juga dilihat tidak bertegur sapa dengan bapanya ketika kedua-dua mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu biarpun berada di tempat yang sama. 

“Saya okay saja. Saya sudah biasa. He was a different person then and he is a different person now. Sebenarnya saya rasa lagi tenang bila tidak bercakap dengannya,” katanya ketika ditemui pihak media. 

Ditanya sejak bila bapanya dilihat berubah sikap, kata anak sulung kepada lima adik beradik ini, bapanya mula berubah sejak berkahwin dengan Miera Liyana. 

Sebagai anak sulung, Izzah juga akan sentiasa berada di sisi ibunya dan akan terus memberikan semangat dan kekuatan biarpun dirinya juga kini sudah berumahtangga. 

“Sebagai anak sudah tentu saya akan rasa kecewa dan sedih melihat apa yang sedang berlaku dalam perkahwinan ibu dan bapa saya. 

“Saya percaya apa yang berlaku ini semua adalah ujian. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi. 

“Jika mereka boleh temui solusi dan tidak bercerai, itu lebih baik. Tetapi andai kata mereka ditakdirkan bercerai, sudah tentu akan menyedihkan tetapi dalam masa yang sama saya rasa mungkin ini perkara yang terbaik untuk ibu. Sudah dua tahun dia rasa tergantung,” kongsinya.

Izzah juga berharap seandainya ibu dan bapanya berpisah nanti, mereka masih boleh sama-sama membesarkan adik-adiknya yang masih berusia di bawah 12 tahun. 

Dalam persidangan yang berlangsung pagi tadi,  Adibah melantik abang sulungnya Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.

Sementara itu Rosland pula diwakili oleh adiknya Kamarul Othman. Rosland turut ditemai abang dan ibu Miera ketika hadir ke mahkamah.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. 

Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata yang lahir pada Mei 2021.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dipilih Menyanyikan OST Filem Polis Evo 3, Malique Yakinkan Ernie Zakri Untuk Rap

Corat Coret Konsert Big Stage 2023 Minggu Pertama – Rina Nose Hos Baru, Naufal Azrin Seksi, Duo Korea Muncul Juara