in ,

Anak Dedah Datuk Zainal Abidin Dan Fyna Jebat Sudah Bercerai?

Kecoh di media sosial sejak semalam dengan kisah penceraian yang melibatkan bekas pemain bola sepak iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan bersama isteri keduanya iaitu penyanyi, Fyna Jebat.

Isu penceraian ini timbul selepas anak perempuan kepada Zainal yang dikenali sebagai Zahira Aisyah telah meninggalkan satu komen di media sosial yang mendedahkan bahawa bapanya sudah menceraikan Fyna.

Zahira membuat komen berkenaan kerana ingin menyangkal dakwaan yang mengatakan Fyna sudah berbaik dengan ibunya dan boleh duduk semeja di satu majlis.

“Kenapa perlu muat naik balik cerita empat bulan lepas? Ibu saya tidak berdamai dengan sesiapa. Cerita ini tidak benar. Dan untuk pengetahuan, ayah saya telah menceraikan Fyna Jebat. Tolong padam hantaran ini, terima kasih,” tulisnya.

Usaha pihak media untuk mendapatkan pengesahan perkara ini daripada Fyna Jebat dan Zainal juga gagal apabila Fyna tidak dapat dihubungi, Manakala Zainal pula enggan memberikan komen.

Terdahulu kisah perkahwinan Zainal dan Fyna mendapat perhatian ramai pada awal tahun ini. Ketika kisah perkahwinan mereka tersebar, Fyna yang merupakan adik kepada Ayda Jebat sedang bertanding dalam rancangan Famili Duo bersama kakaknya.

Kontroversi tidak terhenti di situ apabila Fyna didakwa telah bergaduh bersama madunya di sebuah restoran sehingga terpaksa membuat laporan polis. 

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

[V] Trauma, Kamal Adli Memerap Di Rumah, Mahu Tahu Sebab Dirinya Dipukul Hampir Maut

[V] Linda & Beego Nafi Bercerai Kerana Orang Ketiga. Selepas rujuk semula bagai baru bercinta.