in ,

Hafidz Roshdi Buat Laporan Polis Selepas Terima Mesej Nurul Shuhada Mahu Gugurkan Kandungan

Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi membuat laporan polis terhadap bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada kerana pernah menerima mesej dia ingin menggugurkan kandungan.

Terdahulu, Shuhada membuat pendedahan bahawa dirinya telah mengalami keguguran anak ketiganya yang berusia 14 minggu. 

“Saya dapat tahu Mengenai kehamilan selepas Shuhada menghantar mesej. Dia memberitahu mahu menggugurkan kandungan berkenaan. Jadi saya buat laporan polis itu. 

“Alasannya panjang, tetapi salah satunya mahu fokus dengan kehidupan baru. 

“Dia juga akui mahu membela dua cahaya mata pun sudah setengah mati, tambah pula jika ada anak ketiga.

“Tetapi tahu-tahu sahaja, dia sudah keguguran. Bila tahu keguguran saya terpaksa buat laporan untuk polis buat siasatan,” katanya yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk proses pengesahan lafaz cerai.

Tambah Hafidz lagi, dia pernah menghalang Shuhada daripada menggugurkan kandungan.

“Dia minta duit untuk kos pengguguran. Saya tak tahu sebab tiada bukti resit atau hospital. Jadi saya kena tahu mengenai perkara itu.

“Saya tak setuju dia mahu gugurkan Kandungan. Saya sudah halang dan suruh dia jaga kandungan baik-baik sebab saya akan bertanggungjawab,” kongsinya. 

Sementara itu peguam syarie yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada peguam Nurul Shuhada sebelum berita mengenai kegugurannya tular. 

“Kami sudah menulis kepada peguam defendan serta merta selepas Hafidz menerima kiriman WhatsApp daripada defendan mengenai hasrat menggugurkan kandungan.

“Kami hantar surat pada 7 April lalu dan katanya tarikh dia gugurkan Kandungan adalah pada 8 April lalu. 

“Hafidz kemudiannya telah membuat laporan polis pertama mengatakan bahawa dia menerima kiriman mesej dari Nurul Shuhada dan tidak bersetuju dengan cadangan menggugurkan kandungan. 

“Apabila dapat tahu mengenai berita keguguran, Hafidz terperanjat dan terfikir sama ada ini kebetulan atau sebaliknya. 

“Jadi Hafidz telah membuat satu lagi laporan polis mengatakan ini adalah satu kesalahan jenayah yang mana melakukan keguguran dengan sengaja. Kami mahu pihak polis menyiasat,” katanya. 

Prosiding sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap Nurul Shuhada telah ditangguh dan akan disebut semula pada 20 Jun berikutan terdapat isu baru apabila Nurul Shuda mendakwa Hafidz telah melafazkan cerai terlebih dahulu menerusi WhatsApp pada 22 Januari lalu. 

Sumber : BH Online

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nabila Razali Beli Rumah Cecah Jutaan Ringgit

Aaron Aziz Dikecam Netizen Gara-Gara Meletakkan Ular Sawa Di Atas Sangkar Kucing