in ,

Selepas Syamsul Yusof, Kini Giliran Puteri Sarah Liyana Pula Failkan Tuntutan Nusyuz

Selepas Syamsul Yusof, kini giliran pelakon Puteri Sarah Liyana pula memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya.

Puteri Sarah turut memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan oleh Syamsul. Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka tidak hadir ke mahkamah pada hari ini dan hanya diwakili oleh peguam masing-masing.

Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah, tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya terhadap Syamsul antaranya adalah sikap tidak bertanggungjawab namun terma-terma secara terperinci tidak boleh didedahkan.

Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).

Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan pada 21 Mac lalu selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu.

Sebelum ini Syamsul ketika memfailkan tuntutan nusyuz itu berkata terdapat beberapa alasan tuntutan nusyuz itu dibuat ke atas Puteri Sarah antaranya kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.

Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee kemudian  menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Sumber : Kosmo Online

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Corat Coret Konsert Big Stage 2023 Minggu Pertama – Rina Nose Hos Baru, Naufal Azrin Seksi, Duo Korea Muncul Juara

Linda Hashim Dan Beego Pernah Becerai Pada 27 Mac Lalu, Namun Kembali Rujuk Pada 9 April