in ,

Linda Hashim Dan Beego Pernah Becerai Pada 27 Mac Lalu, Namun Kembali Rujuk Pada 9 April

Pasangan pelakon, Linda Hashim dan Beego mengesahkan bahawa mereka telah bercerai pada 27 Mac lalu, namun kembali rujuk ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 39, berkata, perceraiannya dan suami itu berlaku disebabkan tiada persefahaman, selain kurang berkomunikasi.

“Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol. Bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain.

“Lami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Linda hadir bersama Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Sementara itu, Beego yang merupakan bekas ahli kumpulan Phyne Ballerz berkata, apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka adalah asam garam dalam perhubungan setiap pasangan suami dan isteri berkahwin.

“Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal perkahwinan diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain.

“Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga semula demi perasaan kami dan anak-anak,” katanya.

Beego berkata, dia dan isterinya selama ini tidak berkongsi paparan kisah kehidupan mereka dalam media sosial. Bagaimanapun, dia tidak menduga masalah rumah tangga dan perceraian diketahui media.

“Saya terkejut kedatangan kami ke mahkamah pagi ini diketahui media. Ini kerana, saya berusaha menyembunyikan kisah rumah tangga kami kerana melihat ramai pasangan selebriti kini berhadapan masalah rumah tangga,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Akhbar Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pelakon wanita turut berdepan masalah rumah tangga dan secara diam-diam hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April lalu bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya.

Sumber : Harian Metro

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Selepas Syamsul Yusof, Kini Giliran Puteri Sarah Liyana Pula Failkan Tuntutan Nusyuz

Nabila Razali Beli Rumah Cecah Jutaan Ringgit