Wednesday • 12 May 2021

’18 Puasa Di Kampung Pisang’ Raih RM4j Dalam Tempoh 18 Hari

Jenama ‘Kampong Pisang’ karya pengarah kreatif, Mamat Khalid nampak gayanya sering mendapat sambutan hangat. Terbaharu, filem ’18 Puasa Di Kampong Pisang’ terus menjadi pilihan penonton...

Terkini

Bila Lagukan Zikir Khai Bahar Hadapi Masalah Sebutan

Sejauh mana kita melangkah dan setinggi mana kita capai, kematian pastii hadir.

Begitulah mesej jelas yang perlu diisedari setiap manusia yang hidup di dunia ini tiidak kira bangsa mahu pun agama. Hidup tidak kekal, mati itu pasti.

Bagi memperingati kebenaran itu, penyanyii yang lahir daripada aplikasi ‘Smule’, Khai Bahar memilih judul ‘Perpisahan’ sebagai bonus track dalam album berkonsep ketuhanan dan zikir sempena Ramadan tahun ini.

Ini merupakan kali kedua, pemilik nama penuh, Muhammad Khairul Baharuddin, 27, ini muncul dengan lagu berirama nasyid selepas ‘Setanggi Syurga 2020’ bersama kumpulan Inteam tahun lalu.

Menariknya, album berjudul ‘Zikir Damba Ketenangan’ ciptaan sepenuhnya Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana yang turut memuatkan lima zikir, mula dijual secara pra tempahan di Shopee sejak 5 April lalu habis terjual selama tiga hari berturut-turut.

“Sebelum album ini dilancarkan secara rasmi, syarikat penerbitan Seventeen Eleven Music buka pra tempahan dulu. Pada hari pertama sebanyak 100 unit habis terjual. Hari kedua pun. Pada hari ketiga mereka tambah 200 unit pula dan semuanya habis. Syukur alhamdulillah,” ujar Khai Bahar yang kini terbabit dalam drama ‘Kisah Cinta Rumi‘.

Lima zikir yang dimuatkan adalah, Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astaghfirullah, Hasbunallah , La Ilaha Illallah dan Ya Zal Jalali Wal Ikram.

Mengenali penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu balada ini, mampukah Khai Bahar mengalunkan zikir dengan sebutan sempurna?

“Memang itulah cabarannya. Saya ada masalah nak sebut dengan makhraj yang betul. Apabila zikir ini nak dirakam dan diterbitkan, saya kena sebut dengan betul. Salah sebut, maksud lain pula. Sebab itu kena berhati-hati,” kenang Khai.

Bagaimana pun, beliau bersyukur mendapat tunjuk ajar dari Dr. Azrul sepanjang proses rakaman kerana dialah yang memantau sebutannya.

“Jika  lagu Melayu, tidak ada masalah. Tapi apabila membabitkan sebutan perkataan Arab, memang ambil masa juga nak rakam. Tanda baca kena betul,” ujarnya.

Berhubung lagu ‘Perpisahan’, yang mengajak semua orang untuk ingat akan kematian Khai berkata:

“Kenapa ‘Perpisahan’ sebab saya nak kita semua sentiasa ingat kepada kematian. Bukan saja saya yang menyanyikan lagu ini, tapi semua tanpa mengira usia, pangkat, darjat, kedudukan atau status. 

“Saya fikir, sebagai manusia biasa pengakhiran kira tetap sama iaitu kematian. Cuma, bila dan bagaimana hanya Allah saja yang tahu. Disebabkan itu, dalam lagu ini ia memberi peringatan kepada kita. Dalam masa sama, lagu ini sangat sesuai untuk Ramadan ini”.

Sementara itu, komposer lagu ‘Perpisahan’, Dr Azrul memberitahu, lagu tersebut sememantnya dicipta dengan mesej untuk mengingatkan diri sendiri dan semua orang bahawa kematian itu pasti dan boleh hadir bila-bila masa.

“Saya terfikir diri ini banyak dosa. Kalau meninggal dalam keadaan lupa Tuhan, tak taulah macam mana di akhirat nanti. Sudahkah kita bersedia?” akhirinya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!