Wednesday • 28 July 2021

Terkini

Sam Bunkface Beralih Ke Lagu Nasyid Bersama Inteam

Penyanyi kumpulan punk rock, Sam Bunkface, 33, bergabung dengan kumpulan nasyid, In-team? 

Dari rock ke nasyid? Biar betul?

Memang benar, begitulah ‘penghijrahan’ yang berlaku sebagaimana mesej pada lagu kolaborasi Inteam dan Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom melalui lagu ‘Mencari Sinar’.

“Sam pernah berdoa nak menyebut nama Allah SWT dan Rasul dalam lagu Bunkface, tetapi selalu tak kesampaian.  Kini, Allah makbulkan doa Sam apabila ditawarkan oleh label Smileyriver untuk lagu ‘Mencari Sinar’ bersama Inteam,” ujar Sam.

Menurutnya, beliau rasa cukup teruja menyanyikan sebuah lagu yang lain dari kebiasaannya waima berharap pendengar dapat menerima karya terbaharunya itu.

“Yang penting, hayati mesej-mesejnya dan semoga dapat memberi sedikit inspirasi dalam hidup anda,” tambah Sam yang juga buat pertama kalinya berkerjasama dengan kumpulan nasyid. 

“Alhamdullilah, bekerja dengan pihak Inteam sangatlah mudah dan mereka juga lebih berpengalaman daripada Sam, jadi Sam yang banyak mengambil input dan belajar daripada mereka,” tambah Sam.

Untuk ‘Mencari Sinar’ ciptaan terakhir Allahyarham Ahmadi Hassan, Sam turut ditawarkan peluang sebagai penyusun muzik lagu berkenaan bagi mewujudkan kelainanan serta keseimbangan kepada genre dan mood lagu.

Sehubungan itu, beliau bekerjasama pula dengan Epul Kuat dan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menghasilkan ‘arrangement’ sesuai, sekali gus menampilkan Fauziah Gambus sebagai pemuzik jemputan.

Merupakan satu-satunya lagu ciptaan terakhir Ahmadi Hassan yang  diselitkan elemen rap, Sam mengukuhkan lagi mesej yang terkandung di dalam lirik dengan melakukan improvasi pada rangkap lagu.

Tidak syak lagi gabungan dua artis muda dari dua genre berbeza ini diharap membantu menyebarkan mesej lagu ‘Mencari Sinar’ dengan lebih meluas dan berkesan.

Jom kita dengar apa mesej yang dilontarkan Sam bersama Inteam pada lagu berkenaan di YouTube rasmi Smileyriver Online seperti di atas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!