Wednesday • 28 July 2021

Terkini

Akim Ahmad Tampil Sisi Beza, Tinggalkan The Majistret?

Bermula sebagai penyanyi solo selepas memperoleh tempat ketiga dalam program realiti ‘Akademi Fantasia’, Akim Ahmad atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 30, terus mencipta magis bersama kumpulan Akim & The Majistret (ATM).

Tetapi selepas lima tahun, Akim kini kembali bergerak solo melalui lagu terbaharunya ‘Bayang’.

Apakah Akim dan meninggalkan The Majistret?

“ATM masih ada. Sekarang ini, kami dalam perancangan untuk mengumpul material yang berkualiti bagi projek album, jadi perlukan waktu. Tiada istilah ATM berhenti seketika. Baik saya muncul secara solo mahu pun bersama ATM, semua kena jalan,” jawab Akim.

Jadi peminat semua jangan risau Akim tetap bersama Majistret cuma disebabkan lagu ‘Bayang’ sangat berbeza dengan singlenya sebelum ini, ia boleh disifatkan sebagai evolusinya sebagai seorang penyanyi.

“Dari segi bunyi dan muzik, ia juga berbeza dengan ATM. Muzik ‘Bayang’ lebih mengetengahkan instrumen elektronik. Malah, ia sangat istimewa kerana merupakan hasil cetusan idea saya bersama isteri, Stacy,” cerita Akim.

Lagu hasil ciptaannya sendiri di bawah nama pena Hang Nadim dengan lirik hasil kerjasama Bunga Cantik dan Arisz Ab Rahman, ‘Bayang’ memberi nafas baharu kepada muzik Akim sekali gus menampilkan sisi berbeza Akim sepanjang 12 tahun pembabitannya sebagai anak seni.

“Disebabkan lagu ini adalah projek solo, saya mahukan sesuatu yang baharu. Sebelum ini, saya pernah bergerak solo. Tapi kali ini saya nak tunjukkan sisi berbeza pula. Setelah lima tahun bersama ATM, mungkin peminat juga ingin melihat saya kembali sebagai Akim Ahmad, penyanyi solo. 

“Jadi, inilah buah tangan terbaharu untuk peminat yang rindukan Akim Ahmad. Dalam erti kata lain, lagu ‘Bayang’ ini satu lagi evolusi muzik dan kerjaya saya,” katanya.

Menurut Akim, lagu tersebut sebenarnya sudah lebih setahun disimpan sebelum dirakam dan seterusnya dilancarkan sebagai sebuah single solo.

“Ia sudah ada dalam simpanan saya sejak setahun lalu iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama lagi. Stacy yang mendengar lagu ini mencadangkan kepada saya untuk merakamkan lagu ini kerana amat sesuai dengan saya, tetapi, saya cakap nanti dulu sebab saya belum dapat tangkap lagi melodi dan muziknya,” kenang Akim. 

Jelasnya lagi, apabila Nova Music memerlukannya untuk merakamkan sebuah lagu secara solo maka beliau terus mengambil keputusan untuk merakamkan ‘Bayang’.

“Ketika proses rakaman, Stacy yang menjaga vokal saya. Itu yang saya cakap, lagu ini antara kerjasama istimewa kami. Ada ‘sentimental value’”, ujar Akim senyum.

Berkongsi lanjut Akim memberitahu, liriknya mengisahkan tentang kehidupan seharian di mana semua orang sentiasa hidup dengan bayang,

“Jadi kena sentiasa mengadu dengan pencipta kita. Apabila dalam keadaan gembira, sedih atau apa saja, kena sentiasa mengadu kepada pencipta. Selagi ada bayang, kena sentiasa jalankan tanggungjawab. Pendek kata, lagu ini memberi kekuatan untuk hidup,” jelas Akim

‘Bayang’ turut dipilih  menjadi satu daripad lagu tema utama drama bersiri ‘Sabarlah Duhai Hati’ terbitan Suhan Movies & Trading yang bakal ditayangkan setiap hari Isnin – Jumaat di slot Akasia (7pm – 8pm), TV3 mulai hari ini, 23hb April ‘21. 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!