Wednesday • 12 May 2021

’18 Puasa Di Kampung Pisang’ Raih RM4j Dalam Tempoh 18 Hari

Jenama ‘Kampong Pisang’ karya pengarah kreatif, Mamat Khalid nampak gayanya sering mendapat sambutan hangat. Terbaharu, filem ’18 Puasa Di Kampong Pisang’ terus menjadi pilihan penonton...

Terkini

Akim ‘Bayang’ Stacy Terus ‘Peluk’ Dalam Gementar

Jika penyanyi Akim Ahmad sekadar mem’BAYANG’kan, isterinya, Stacy yang turut lahir daripada program realiti Akademi Fantasia, terus mahu ‘PELUK’.

Namun yang pasti pasangan suami isteri ini bersatu hati apabila kedua-duanya melancarkan single terbaharu mereka dalam tempoh serentak iaitu Akim dengan ‘Bayang’ dan Stacy dengan ‘Peluk’, terbitan syarikat rakaman sama, Nova Music.

“Ini pertama kali saya dan Akim keluar lagu serentak. Akim pula selepas lima tahun bersama Akim & The Majistret baru muncul dengan single solo, dan saya pula kembali menyanyikan genre balada. Apa yang saya boleh cakap pada peminat, beza dan istimewanya lagu ini kepada saya adalah kerana inilah kali pertama saya menyanyikan lagu balada dengan seluruh ‘feel’,” kongsi Stacy.

Kali terakhir pemilik nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam ini muncul dengan lagu bergenre balada ialah pada tahun 2012 melalui ‘Pelangi Senja’ di mana selepas itu Stacy banyak melancarkan lagu bergenre rancak sesuai dengan gelarannya sebagai ‘Ratu Tari Malaysia’.

Hasil ciptaan dirinya sendiri di bawah nama pena ‘Bunga Cantik’, ia tidak ketinggalan mendapat sentuhan lirik dari suami tercinta ‘Hang Nadim’ bahkan ‘Peluk’ merupakan satu-satunya karyanya yang dinyanyikan pertama kali dengan penuh ‘feel’.

“Saya menyanyi dari dalam jiwa. Itu yang membuatkan saya sampai menangis. Tak dinafikan, menyanyikan lagu ciptaan orang lain dengan lagu ciptaan sendiri memberikan ‘feel’ yang berbeza. Saya juga mendapat banyak tunjuk ajar daripada Akim dalam menyelami bidang penulisan lagu.

“Apabila saya mulakan rakaman dan letakkan ‘feel’ dalam lagu ini baru dapat rasa. Pendek kata, lagu ini cukup dekat dengan karakter diri sendiri,” jelas Stacy.

Tambah beliau lagi, sejujurnya, apabila lama tidak menyanyikan lagu bergenre balada, memang gementar dan ia sangat berbeza ketika merakamkan lagu ‘Pelangi Senja’ yang mana waktu itu Stacy masih bujang. 

“Tapi, untuk lagu ini mudah saja nak dapatkan penghayatan dan ‘feel’. Dengar saja melodi, tanpa disedari saya menangis. ‘Feel’ itu sangat dekat,” kenangnya sambil memberitahu, ‘Peluk’ antara lagu paling lama dirakamkan iaitu dalam empat ke lima jam dari kebiasaannya, dua jam.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!