Aktres Neelofa dan penyanyi Khai Bahar diumumkan sebagai Artis Top Top MeleTOP pada tahun ini di Anugerah MeleTOP ERA 2018.

Untuk kategori tersebut, Neelofa dan Khai masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.

Manakala pemenang setiap kategori lain memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi. #AME2018 yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad ini telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan hos jemputan – Sabri Yunus, Jihan Muse, Sherry Alhadad & Zul Ariffin.

Berikut merupakan keputusan penuh AME2018:

  • Artis Top Top MeleTOP Lelaki : #KhaiBahar
  • Artis Top Top MeleTOP Wanita : Neelofa
  • Artis Baharu MeleTOP: #FarahNabila
  • Si Cilik MeleTOP: Arif Jiwa Asyraf
  • Couple MeleTOP: Jep Sepahtu & Sari Yanti
  • Program Radio MeleTOP: JoHaRa Pagi ERA Penyampai Radio MeleTOP: Johan
  • Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2017
  • Hos MeleTOP: #Nabil Ahmad
  • Artis Lawak MeleTOP: #ZizanRazak
  • Drama MeleTOP: Red Velvet
  • Pelakon TV MeleTOP: Neelofa
  • Grup/Duo MeleTOP: Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
  • Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
  • Lagu MeleTOP: Bayang, Khai Bahar
  • Filem MeleTOP: J Revolusi
  • Bintang filem MeleTOP: Nur Fazura
  • Fesyen MeleTOP: #Neelofa

Anugerah Khas: Datuk Harjit Singh, bekas pembaca berita dwi bahasa dan berbakti dalam dunia penyiaran bersama RTM selama 45 tahun.

Beliau menerima pengiktirafan sebagai Penyampai Berita Televisyen Paling Lama Berkhidmat oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2011.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini