Thursday • 4 March 2021

Terkini

Trailer Cruella, Filem Terbaru Disney

Disney melancarkan treler rasmi pertama untuk filem Cruella yang mengisahkan kisah asal (origin story) salah seorang penjahat dan fashionista paling terkenal dalam dunia filem.

Dibintangi pemenang Anugerah Academy, Emma Stone, Cruella berlatar belakangkan London 1970-an dan Estella, seorang anak muda kaki menipu, yang ingin membuat nama untuk dirinya sendiri melalui rekaannya.

Estella menarik perhatian fashionista, Baroness von Hellman yang dilakonkan oleh Emma Thompson, juga seorang pemenang anugerah Academy. Mereka bertemu dan bermulalah satu rantaian peristiwa yang akan menyebabkan Estella menyerah pada sisi jahatnya dan menjadi Cruella yang kejam, penuh dendam namun bergaya.

Cruella, bagi yang tidak tahu adalah penjahat utama dalam filem Disney, One Hundred and One Dalmatians yang cukup digemari, adaptasi dari novel tulisan tahun 1956.

Cruella disuarakan oleh Betty Lou Gerson dalam filem animasi pada tahun 1961, dan dilakonkan oleh Glenn Close dalam adaptasi aksi langsung 1996.

Dalam 101 Dalmatians, Cruella adalah seorang pewaris kaya yang obses dengan bulu dan cenderung untuk membuat kot bulu dari bulu anjing Dalmatians.

Cruella akan ditayangkan pada Mei 2021, walau bagaimanapun Disney belum mengumumkan tarikh untuk tayangan di Malaysia.


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!