in ,

Mampukah Samsons Ulangi Fenomena ‘Kenangan Terindah’?

Setiap daripada kita yang bernyawa ini pasti menyimpan kenangan indah kan? Dan bila sebut kenangan indah teringat pula lagu ‘Kenangan Terindah’ yang dipopularkan oleh kumpulan dari Indonesia, Samsons.

Tidak hairan sejak lagu itu dilancarkan pada tahun 2005 ia masih diminati hingga ke hari ini waima video muziknya mencapai lebih 34 juta tontonan di YouTube.

Terbaharu, selepas 7 tahun menyepi, Samsons kembali dengan pelancaran album berjudulkan angka Roman ‘V’ sahaja yang bermaksud ‘lima’.

Seperti lazimnya, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock balada untuk album kelimanya ini di mana tema cinta menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagu.

Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara.

Pun begitu, kelainannya kali ini, bagi album ‘V’, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu. 

Tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat kerana diiringi alunan bunyi daripada Budapest Scoring Symphony Orchestra yang terdiri daripada 55 pemuzik terbaik orkestra meliputi 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), 7 orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), 7 orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.

Wow! orkestra bertaraf Hollywood you alls, hebat tu!

Daripada 12 lagu yang dipersembahkan Samsons untuk peminat mereka, lagu ‘Jika Nanti’ menjadi trek fokus untuk album ‘V’  memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus, sesuai dengan lirik lagunya.

”Mendengar lagu semasa menonton video muzik tersebut membolehkan anda menikmati single “Jika Nanti” lebih mendalam sambil memanjakan mata anda dengan visual yang menarik,” ujar vokalisnya, Aria Dinata dalam sidang media secara virtual baru-baru ini.

Beberapa buah lagu telah dilancarkan dahulu sebagai single; “Ternyata cinta”, “Tuhan tidak pernah salah”, “I Love U”, “Cinta Mati” di mana “Jika Nanti” merupakan single terbaharu mereka yang  dilancarkan serentak dengan album ‘V’.

Mungkinkah  ada di antara 12 lagu yang diketengahkan dalam album ‘V’ terbitan Universal Music Indonesia ini bakal mencetuskan fenomena tersendiri sebagai mana ‘Kenangan Terindah’ yang pada tahun 2021 ini, Samsons akan meraikan 15 tahun lagu popular tersebut.

Kharbarnya, sempena ulang tahun ke-15 lagu itu, Samsons akan memberi satu kejutan kepada pendengar dan peminatnya.

Apa kah itu? 

‘Biarlah rahsia dahulu, nantikan,” kata Kumpulan Samsons yang dianggotai Aria Dinata, Irfan Aulia Irsal (gitar), Erik Partogi Siagian (gitar) dan Aldri Dataviadi (bass).


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

KFC Zero Chicken Burger. KFC Taknak Jual Ayam Dah?! • Buka Kotak & Ulasan (review) Orang Biasa

Dapatkah Pentas Akhir AJL35 Berlangsung 14 Mac 2021 Ini?