in ,

Intan Ladyana Ambil Alih Kedudukan Che Ta Kahwin Lelaki Muda?

Benarlah kata orang jodoh tidak mengenal usia. 

Jika Rozita Che Wan berbeza 10 tahun dengan suaminya, Zain Saidin, kini pengumuman pengacara muda, Harris Alif yang bakal berkahwin dengan pelakon Intan Ladyana yang beza umur mereka berjarak 17  tahun menjadikan pasangan itu artis pertama pada tahun 2021 ini yang mencipta sejarah tersendiri sekali gus menduduki takhta pertama selepas Che Ta berkahwin dengan lelaki muda.

Menariknya lagi, perkahwinan penyanyi Nor Harris Aliff Nor Rashidi, 21, bersama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 38, yang diumumkan bakal berlangsung pada 6 Februari 2021 depan menjadikan mereka pasangan artis kedua menaiki jinjang pelamin selepas Ayda Jebat dan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 lalu.

Harris dan Intan sepakat mengumumkan tarikh perkahwinan mereka itu melalui sidang media baru-baru ini malah turut memaklumkan acara perkahwinan mereka bakal ditaja oleh Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta berupa barangan kemas, majlis pernikahan dan resepsi sekali gus.

Wow! Benar-benar satu anugerah sebagaimana judul lagu terbaharunya, ‘Anugerah’ yang disulami bait indah dengan nada romantik waima khabarnya ia sebuah lagu ditujukan kepada Intan jua.

Bagi bekas juara Bintang Kecil RTM 2009 dan Idola Kecil 3 (2010) ini. Harris berpendapat usia bukan penghalang baginya untuk memilih Intan Ladyana.

Pengacara program Generasi Z itu berkata, soal jodoh antara lelaki muda dan wanita berusia bukan perkara pelik dan mengejutkan malah sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Segala tunjuk ajar saya terima dari ibu bapa, alhamdullilah tiada masalah mengenai persediaan,” lapor Harris sambil memberitahu banyak bercampur dengan orang lebih dewasa yang dah ada keluarga.

“Kita belajar tengok kanak-kanak kerenah anak-anak  dan sebagainya, jadi benda-benda ini kita ambil sebagai persediaan untuk diri sendiri,” ujar Harris.

Sementara itu, bagi Intan Ladyana, beliau melihat Harris seorang yang matang daripada usianya.

“Sekali pun dia berusia 40 tahun tetapi tak matang macam mana nak kahwin. Jadi saya tak kisah tentang usa, ia hanya angka dan bukan ukuran menentukan kematangan seseorang,” pendapat Intan.

Khabarnya, Harris dan keluarga merisik Intan selepas sebulan ulang tahun kelahiran bakal isterinya itu pada Julai tahun lalu.

Kini, tinggal sebulan sahaja lagi majlis akad nikah bakal berlangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur dan diikuti majlis resepsi yang belum diumumkan lokasinya.

Apa pun, sebaik pengumuman perkahwinan dibuat rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil Harris.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ayie Floor88, Artis Pertama Bertunang

Dayang Nurfaezah Pilih ‘Tudung Periuk’ Segarkan ‘Belagu’, Masih Guna Hael Husaini