‘PENGANTIN SATU MALAM’ Hangat Di iQIYI

KUALA LUMPUR, 4 September, 2020 – “A night with me…dan seratus ribu akan jadi milik awak”. Satu malam yang mengubah segalanya. Sebuah lagi hasil novel yang diadaptasi ke drama ‘Pengantin Satu Malam’ yang telah ke udara di slot TV3 Akasia bermula 18 Ogos lalu, mula mendapat sambutan di laman web dan aplikasi iQIYI.

Sebanyak dua puluh lapan (28) episod drama bersiri ‘Pengantin Satu Malam’ yang akan ditayangkan adalah hasil persetujuan perkongsian kandungan enam (6) drama yang akan disiarkan secara eksklusif di iQIYI dimeterai antara penerbit dan pengedar kandungan tempatan terbesar di Malaysia iaitu Primeworks Studios dan iQIYI.

Melalui persetujuan ini, kesemua episod drama dapat ditonton secara eksklusif dan percuma  menerusi laman iQIYI di www. iQ.com dan di aplikasi iQIYI, 1 jam selepas ianya bersiaran di TV3.

Pengantin Satu Malam’ diterajui oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir sebagai bintang utama, turut membariskan pelakon handalan lain seperti Mustapha Kamal, Edika Yusof, Sharifah Shahora, Farisha Irwayu dan Norish Karman.

Pengantin Satu Malam

Pengantin Satu Malam’ mengisarkan mengenai Zulaikha, lakonan Amelia Henderson yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibu atau maruah dirinya. Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tidak senonoh majikannya.

Adli teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan dan ibunya sakit serta memerlukan kos rawatan yang tinggi.  Manakala Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati. Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya.

Sejak itu Zahred menjauhkan diri dan tidak mahu bercakap lagi dengan ayahnya. Dato Haris (Edika Yusof) ayah Zahred sememangnya seorang playboy besar dan sentiasa mencari wanita jelita. Ibu Zahred Datin Roziah (Norish Karman) hanya mampu makan hati dengan sikap suaminya itu.

Zulaikha memulakan pekerjaan baru di syarikat milik Zahred (Nazim Othman) dan temannya Rasul (Fizo Omar). Kehadiran Zulaika telah mengingatkan Zahred kepada bekas kekasihnya, Balqis. Sejak dikecewakan oleh cinta lampau, Zahred yang membenci kaum wanita, sering mencari kesalahan dan membuli Zulaikha di tempat kerja.

Namun Rasul sentiasa mengambil berat dan melayan Zulaikha dengan baik. Suatu hari, Zulaikha yang terdesak perlukan duit untuk menyelamatkan nyawa ibunya, cuba meraih pinjaman RM100 ribu daripada Zahred. Malah Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman daripada syarikat.

Walaubagaimanapun, Zahred menolak cagaran itu, sebaliknya apa yang dimahukan adalah supaya Zulaikha menjadi isteri ‘satu malam’ kepadanya. Adakah Zulaikha setuju? Apakah yang bakal dipilih oleh Zulaikh antara nyawa ibu dan maruah diri?

Tonton secara online drama bersiri ‘Pengantin Satu Malam’ melalui aplikasi iQIYI sejurus selepas 1 jam tayangan perdana di TV3.

Sembilan (9) ringkasan sinopsis drama yang telah ditayangkan : 

Episod 1 – Zahred, anak Dato Haris dan Datin Roziah yang terpaksa menangguhkan pertunangannya dengan Balqis dan berangkat ke Jepun selama tiga bulan kerana ayah Balqis meminta RM30,000 untuk melangsaikan hutangnya. Kisah ini juga mengisahkan Zulaikha yang berada dalam dilema setelah dilamar oleh kekasihnya Adli. Dia bimbang akan terpaksa mengikuti Adli ke luar negara setelah berkahwin. Bos Zulaikha, Haji Ramli sebaliknya menyukai Zulaikha dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan restu dari keluarga Zulaikha. Episod ini berakhir apabila Zahred mengetahui bahawa Balqis berselingkuh dengan ayahnya.

Episode 2 – Zahred kecewa setelah kembali dari Jepun dan mengetahui perkahwinan ayahnya dengan Balqis, lalu mengalami kemurungan. Balqis kemudian melarikan diri dari suami dan perkahwinannya. Zulaikha terlepas daripada diperkosa oleh bosnya. Apabila Adli mendapat tahu, dia menyerang Haji Ramli dan Haji Ramli membongkar kebenaran tentang hubungan Adli dan Zulaikha.

Episode 3 – Adli mengakhiri hubungannya dengan Zulaikha dan dia bekerja sebagai jurutera di syarikat Zahred, yang dimiliki bersama dengan Rasul. Zulaikha memerlukan pekerjaan itu kerana ibunya yang sakit memerlukan rawatan perubatan berjumlah RM60,000. Zahred kini semakin tertarik kepada Zulaikha.

Episode 4 – Keadaan ibu Zulaikha bertambah buruk. Sementara itu di pejabat, Zahred cuba mencari kesalahan Zulaiha tetapi Rasul terus membelanya. Episod ini memuncak apabila Zahred melihat ayahnya menggoda Zulaikha.

Episode 5 – Hubungan Zahred dan ayahnya menjadi keruh ketika dia mengetahui bahawa ayahnya, sekali lagi berusaha memenangi hati Zulaikha. Ibu Zulaikha dikejarkan ke hospital kerana penyakitnya yang semakin teruk. Episod ini berakhir dengan ibu Zahred, Datin Roziah yang cuba menemukan Zahred dengan Tengku Rihana.

Episode 6 – Walaupun Zulaikha kesal kerana kerja kerasnya tidak dihargai dan dianggap buruk di mata Zahred, dia tetap meneruskannya. Sekembalinya dari perjalanan kerja di Chiang Mai, keluarganya meminta agar dia tidak pulang ke rumah kerana ah long sedang melakukan keganasan ke atas hidup mereka. Dia dengan berat hati memutuskan untuk meminjam RM120,000 dari Zahred untuk menyelesaikan hutang keluarganya. Zahred mengambil kesempatan ini untuk membuat perjanjian dengan berkahwin dan menghabiskan satu malam bersama. 

Episode 7 – Zulaikha bersetuju dengan tawaran itu tetapi Zahred semakin bimbang dengan apa yang berlaku dengan ayahnya pada masa lalu. Selain daripada keadaan dengan Zulaikha dan Zahred, Haji Ramli (bekas bos Zulaikha) turut membantu Zakaria untuk membantu menyelesaikan hutang yang belum dijelaskan berjumlah RM70,000 dengan harapan dia akan diterima sebagai menantu.

Episode 8 – Setelah banyak ancaman, Zahred menolak untuk menceraikan Zulaikha dan perkahwinan itu dirahsiakan. Zahred mula merindui isterinya dan menyesali tindakannya yang lalu dan memutuskan untuk memberitahu ayahnya agar tidak menghubungi Zulaikha lagi.

Episode 9 – Dalam episod ini, Zulaikha tersekat antara mahu menyelamatkan ibunya dan melindungi maruahnya sendiri. Keadaan bertambah buruk ketika dia memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya kerana sikap bosnya yang tidak dapat diterima. Apa yang akan dia bakal lakukan seterusnya?


Ikuti juga F8Buzz di


The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Ikuti F8Buzz

13,595FansLike
10,051FollowersFollow
74FollowersFollow
22,800SubscribersSubscribe

Terkini

Ayda Jebat Akui Mengurat Nabil. Nikah 1.01.2021

Pada April lalu, pasangan selebriti, Ayda Jebat,28, dan Nabil Mahir,32, bertunang melalui aplikasi...

Neelofa Di Risik Atau Dah Bertunang. Benarkah PU Riz Jejaka Pilihan?

Baru merisik atau sudah bertunang? Itu antara persoalan yang masih menjadi tanda tanya walau pun rata-rata media malam tadi (1 November)  melaporkan...

Skandal Seks Artis-VIP Kembali Hangat!

Kisah artis dan vvip bukanlah satu fenomena baharu dalam industri hiburan tempatan. Sudah lama berita sebegini menjadi topik...

Ini Zulin Sekarang, Tak Terlibat Macau Scam Tau!

Wow! Ini Zulin Aziz sekarang, bukan Zulin Aziz dulu tau! Tak percaya? Apa kata korang jengah ke laman Instagram...

Popular

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Di Eksploitasi Seksi Melampau

KUALA LUMPUR - Watak ‘Ros’ kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin dikesan menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu...

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu. Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat...

8 Kasut Air Jordan Terbaik Pernah Dikeluarkan

Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal...

8 Pencuci Mulut Lazat Tak Perlu Ketuhar

8 pencuci mulut lazat yang boleh dibuat tanpa memerlukan ketuhar. Mudah disediakan dan yang penting, yummy! Wajib cuba di masa cuti begini. 1. Biskut Coklat & Peanut Butter   Resepi...

Instagram