GADIS SARAWAK, FRANCISCA LUHONG ADALAH MISS UNIVERSE MALAYSIA 2020

Kuala Lumpur, 5 Sept 2020 – Francisca Luhong James, 25, dari Sarawak dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 setelah menewaskan 17 peserta lain dalam acara tertutup di Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung di laman web Miss Universe Malaysia petang ini.

Berketurunan Kayan-Kenyah-Iban Francisca berasal dari Kuching juga memenangi kategori sampingan – Best In Evening Gown. Lulus dengan ijazah dalam Komunikasi Massa pada tahun 2019, Francisca bekerja sebagai Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, dan juga merupakan model sambilan.

Naib juara pertama ialah Charissa Chong Su Huey 庄淑慧, 26, dari Selangor, sementara Serene Chai Yong Bin 蔡咏彬, 26, dari Johor dinobatkan sebagai naib juara kedua, dan Neha Varma, 22 dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai naib juara ketiga .

Sebagai pemenang Miss Universe Malaysia 2020, Francisca menerima mahkota ‘Refleksi’ daripada HABIB yang menampilkan set berlian 10 karat dalam emas putih bernilai RM2.38 juta, wang tunai dan hadiah tajaan dengan nilai gabungan RM180,000 serta biasiswa pendidikan penuh dari HELP University.

Dia akan mewakili Malaysia kelak di pentas antarabangsa di pertandingan Miss Universe di lokasi yang belum ditentukan.

Senarai lengkap 12 pemenang kategori sampingan adalah seperti berikut:

• Miss Congeniality: Celine Foo 胡 诗 宁, 26
• Miss Online: Neha Varma, 22
• Best Evening Gown: Francisca Luhong James, 25
• Miss Body Beautiful: Louisa Ananthan, 22
• Miss HABIB: Neha Varma, 22
• Miss La Jung Youthful Forever: Serene Chai Yong Bin 蔡咏彬, 26
• Miss Dermalogica Healthy Skin: Pritha Manivannan, 27
• Miss Glojas Glowing Beauty: Pritha Manivannan, 27
• Anugerah Rambut Shawn Cutler: Rindsay Rachelle Laige, 22
• Miss Auto Bavaria Elegance: Francisca Luhong James, 25
• Miss Strip: Charissa Chong Su Huey 庄淑慧, 26
• Skinz Sanctuary Flawless Skin: Serene Chai Yong Bin 蔡咏彬, 26


Artikel Terkini F8Buzz


Tahun ini, kerana pandemi COVID-19, pertandingan disiarkan secara langsung untuk pertama kalinya dengan 18 finalis dan panel hakim hadir tanpa penonton sesuai dengan langkah-langkah jarak fizikal.

Tiket ke siaran langsung e-Gala telah dijual kepada orang ramai, dan 20 peratus hasil penjualan tiket akan disumbangkan kepada Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Lighthouse Kuala Lumpur & Selangor.

Barisan juri Miss Universe Malaysia 2020


Ikuti juga F8Buzz di


The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Ikuti F8Buzz

13,595FansLike
10,051FollowersFollow
74FollowersFollow
22,800SubscribersSubscribe

Terkini

Ayda Jebat Akui Mengurat Nabil. Nikah 1.01.2021

Pada April lalu, pasangan selebriti, Ayda Jebat,28, dan Nabil Mahir,32, bertunang melalui aplikasi...

Neelofa Di Risik Atau Dah Bertunang. Benarkah PU Riz Jejaka Pilihan?

Baru merisik atau sudah bertunang? Itu antara persoalan yang masih menjadi tanda tanya walau pun rata-rata media malam tadi (1 November)  melaporkan...

Skandal Seks Artis-VIP Kembali Hangat!

Kisah artis dan vvip bukanlah satu fenomena baharu dalam industri hiburan tempatan. Sudah lama berita sebegini menjadi topik...

Ini Zulin Sekarang, Tak Terlibat Macau Scam Tau!

Wow! Ini Zulin Aziz sekarang, bukan Zulin Aziz dulu tau! Tak percaya? Apa kata korang jengah ke laman Instagram...

Popular

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Di Eksploitasi Seksi Melampau

KUALA LUMPUR - Watak ‘Ros’ kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin dikesan menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu...

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu. Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat...

8 Kasut Air Jordan Terbaik Pernah Dikeluarkan

Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal...

8 Pencuci Mulut Lazat Tak Perlu Ketuhar

8 pencuci mulut lazat yang boleh dibuat tanpa memerlukan ketuhar. Mudah disediakan dan yang penting, yummy! Wajib cuba di masa cuti begini. 1. Biskut Coklat & Peanut Butter   Resepi...

Instagram