in ,

10 Babak Dipotong Dalam Filem Pulau

Filem kontroversi Pulau yang sebelum ini mendapat kecaman ramai memotong 10 babak panas di dalam filem tersebut untuk mendapatkan tayangan klasifikasi PG13.

Menurut penerbit Pulau, Fred Chong pihaknya sendiri telah membuat potongan terlebih dahulu sebelum dihantar kepada Lembaga Penapis Filem (LPF).

“Sebagai penerbit kami buat tapisan sendiri dahulu lalu memotong beberapa babak dan selepas dihantar kepada LPF, 4 babak lagi dipotong membawa jumlah sebanyak 10 potongan.

“Dalam konteks kreativiti, pengarah akan ada vision dia sendiri tapi kita akur yang kita perlu hormat kepada negara dan budaya kita, jadi hasil yang ini adalah yang terbaik kita boleh buat untuk Malaysia.

“Di Singapura filem ini ditayangkan tanpa potongan manakala untuk tayangan di Brunei tambahan 7 babak telah dipotong”, katanya.

Fred berkata demikian sewaktu tayangan media filem Pulau di GSC, The Starling Mall, Petaling Jaya malam semalam.

Berkenaan pengharaman Pulau ditayangkan di Terengganu, Fred memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar surat rayuan kepada kerajaan Terengganu dan masih menunggu jawapan.

“Kami sedang membuat rayuan, surat telah dihantar kepada kerajaan Terengganu seminggu yang lalu tapi masih belum ada jawapan. Jadi kami masih berharap”, maklum Fred.

Ekoran dari tindakan kerajaan Terengganu itu, filem Pulau kehilangan 3 pawagam namun masih berbaki 124 pawagam dan dikhabarkan jumlahnya akan meningkat lagi.

“Semasa kami mendapat wajib tayang, kami hanya dapat 70 pawagam sahaja tetapi pengedar kami telah mendapatkan sebanyak 127 pawagam.

“Walaupun 3 daripadanya telah pun dibatalkan, pada saya 124 pawagam masih banyak dan menurut pengedar saya jumlah tersebut akan meningkat lagi”, jelas Fred.

Bakal menemui penonton pada 9 Mac ini, Pulau dibarisi oleh pelakon iaitu Amelia Henderson, Alif SatarIkmal AmryJoey LeongEvie FerozaSanjna Suri, Jazmy Juma, Vikar, Cedric LooMark O’DeaMs Pui Yi, Namron, Wan Hanafi Su, Harris Anuar, Sabronzo, Alex Henderson dan Dato’ Sri Eddie Chong.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Yonnyboii, Alyph Kongsi Kisah Hidup Waktu ‘Sengkek’

Pui Yi Fokus Jadi DJ dan Berlakon, Tiada Lagi Konten Dewasa