Video seorang wanita mengamuk dalam sebuah masjid bersama seekor anjingnya tular baru-baru ini. Kejadian berlaku di Masjid Al-Munawarah, Bogor, Indonesia kira-kira jam 1 petang, hari Ahad.
Wanita yang berbaju putih berseluar hitam itu masuk ke dalam masjid dengan membiarkan anjingnya itu berjalan di atas permaidani masjid sambil memarahi sesuatu.
“Saya katolik! Suami saya dinikahkan di sini !”, kata wanita itu dalam video tersebut.
Dua orang ahli masjid dilihat cuba mengawal keadaan dengan bertanyakan kepada wanita tersebut apa yang berlaku.
Wanita itu menceritakan bahawa suaminya yang baru memeluk Islam dan dinikahkan di masjid itu. Jemaah masjid cuba menghalau anjingnya keluar dari masjid namun wanita itu terus memberontak & mengamuk. Kasutnya juga tidak ditanggal apabila memasuki masjid.
Difahamkan wanita tersebut mengalami tekanan jiwa setelah suaminya berkahwin lain. Namun, suaminya menafikan yang beliau bernikah lagi seperti didakwa. Malah suaminya mengesyaki isterinya itu mengalami gangguan jiwa.
GIPHY App Key not set. Please check settings