MIRI: Seorang nelayan yang sedang mencari ketam menemui mayat seorang lelaki hampir reput diheret seekor buaya di sekitar kawasan Sungai Pabong di sini pada 12 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, ketika kejadian, nelayan tersebut berada di dalam perahu bersama adik lelakinya yang cuba mendekati buaya berkenaan dan mendapati mayat mangsa sedang dibaham buaya dan diheret ke lokasi lain.
“Bantuan nelayan lain telah dibuat untuk mencari mayat mangsa dan pada 1.30 petang semalam mayat dijumpai di kawasan Sungai Suai bersama dengan buaya,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Lim berkata, “nelayan menghalau buaya berkenaan dan kemudian mengikat dan menarik mayat mangsa menggunakan tali ke tebing berdekatan Jambatan Suai”.
“Polis telah membuat pemeriksaan awal pada mayat. Mayat tersebut adalah seorang lelaki dewasa tetapi identiti tidak dapat disahkan kerana tiada pengenalan diri ditemui dalam pakaian mangsa,” katanya.
Beliau berkata “pemeriksaan tersebut mendapati tiada kecederaan berkaitan dengan elemen jenayah pada mayat yang memakai seluar panjang hitam dan tali pinggang hitam itu.
Menurutnya, terdapat kesan koyakan seperti gigitan buaya pada mayat berkenaan.”Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat,”katanya.
Beliau berkata, “proses pengecaman mayat oleh keluarga yang melaporkan kehilangan seorang anggota keluarga lelaki sebelum ini tidak dapat dilakukan kerana mereka tidak dapat mengecam seluar serta tali pinggang yang dipakai mangsa”.
GIPHY App Key not set. Please check settings