Buah tin telah disebut  kitab Al-Quran sebagai buah syurga. Buah ini jelas disebut terutamanya dalam surah At-Tin.  Dari sudut  perubatan juga buah ini terbukti mempunyai berbagai manfaat dan khasiat kesihatan tubuh.

Gambaran Buah Tin Jenis Segar-Sumber Google Images

Namun, terdapat juga golongan yang menyebut buah tin ini sebagai buah ara. Rasa buah syurga ini manis, enak, berlemak & mengenyangkan.

Hal ini kerana buah tin mengandungi kadar serat yang tinggi. Selain itu, gula semulajadi, mineral serta dilengkapi dengan vitamin A, B1, B2, B6, B9, C, E, K, dan lain-lain.

Gambaran Buah Tin Jenis Kering-Sumber Google Images

Jadi, antara manfaat lain buah tin ini adalah :

1.Mencegah dan mengatasi sembelit

Buah tin mengandungi serat yang tinggi iaitu 5 gram bagi setiap tiga biji. Serat membantu usus dalam urusan pembuangan najis.

2. Menurunkan berat badan

Serat dari buah tin dapat menghalang kadar penyerapan lemak di bahagian usus. Jadi buah ini sangat sesuai kepada mereka yang sangat “takut” kepada lemak.

Namun, jumlah kalorinya tinggi menyebabkan penambahan berat badan, terutama apabila anda makannya bersama susu. Jadi jangan makan buah tin terlalu banyak jika tujuannya untuk menurunkan berat badan.

3. Menurunkan dan Menjaga Kadar Kolesterol Normal

Buah tin mengandungi pektin, iaitu serat larut. Ketika serat ini ada di saluran pencernaan, ia akan mengumpulkan kolesterol dan bawanya ke sistem pembuangan untuk dikeluarkan dari tubuh.

4. Mencegah Penyakit Jantung Koronaril

Buah tin kering mengandungi fenol, omega-3, dan asid lemak omega-6. Asid lemak ini mengurangi risiko penyakit jantung koroner .

5. Mencegah Tekanan Darah Tinggi

Kandungan kalium dalam buah tin dan sodiumnya rendah mendorong ia memberi kesihatan kepada jantung dan pembuluh darah tanpa menyebabkan darah tinggi.

6. Menjaga Kesihatan Jantung

Bentuk buah tin yang seakan-akan jantung, jadi ia sebenarnya buah untuk kesihatan jantung kita. Kandungan anti-u fenolik dalam buah tin mampu menyingkirkan radikal bebas yang bersifat perosak jantung dan pembuluh darah.

7. Mencegah Kanser Usus

Kewujudan radikal bebas dan zat karsinogen yang kekal dalam usus punca penyakit kanser usus. Jadi, kehadiran serat dalam buah tin membantu merangsang pembuangan radikal bebas dan zat-zat penyebab kanser tersebut.

8. Mencegah Kanser Payudara

Kandungan serat buah tin dapat mencegah kanser payudara. Hal ini kerana serat dapat membantu menghalang tubuh daripada radikal bebas.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari