Avon Products Inc. dan pereka terkemuka antarabangsa, Kenzo Takada kini mengumumkan kolaborasi haruman pertama mereka, Avon Life. 

Avon Life merupakan wangian rekaan Kenzo Takada yang mencermin falsafahnya dalam meNikmati Hidup Penuh Keindahan.  Bintang utama rangkaian ini, violet, melambangkan positiviti berpanjangan yang sinonim dengan prinsip rekaan serta personaliti Tuan Kenzo Takada. 

Penggunaan violet memberi haruman ini kesegaran yang manis menceriakan. Ditanam secara eksklusif di Mesir dan Grasse, Perancis, tumbuhan berharga ini menjadi buruan kerana daunnya, yang disuling menjadi minyak wangi yang sofistikated.

Avon Life for Her Eau de Parfum 50ml and Avon Life for Him Eau de Toilette 75ml dilancarkan pada 1 Disember 2016. RM159.00 WM/ RM182.90 EM setiap satu. Dapatkannya dari Wakil Avon, Butik Kecantikan Avon & online

Haruman untuk wanita turut menampilkan nota awal sitrus bertenaga dari teh putih dan nota dasar dari bungaan iris yang hangat menggoda. Haruman lelaki pula menampilkan nota awal dari kehangatan lada hitam dan dasar kayuan maskulin dari cedar Virginia. 

Dikenali sebagai pereka terkemuka serata dunia, Kenzo Takada menubuhkan gedung fesyen mewahnya di Paris seawal 1970, menjadikanya jenama Jepun mewah pertama di kota tersebut. Beliau terkenal dengan rekaan inovatif yang menggabungkan elemen terbaik dari Timur dan Barat.

“Saya tertarik untuk berkerjasama dengan Avon dalam mencipta haruman yang boleh dimiliki wanita dan lelaki serata lapisan, di seluruh dunia,” kata Kenzo Takada.

“Saya paling teruja bila meraih inspirasi dari keindahan dunia di sekeliling saya, dan merubahnya menjadi realiti yang baru dan tersendiri. Kolaborasi saya bersama Avon menjadikan impian ini  kenyataan… berkerja bersama perfumer hebat untuk mencipta rangkaian haruman yang mencermin keghairahan kami dalam menikmati keindahan hidup. Ia bagai ceritera keagungan alam semulajadi yang penuh dengan keindahan dan positiviti.”

“Kenzo Takada telah membawa semangat, tenaga dan visi yang kukuh kepada projek ini,” kata Katarzyna Ostrowska-Mohamed, Ketua Pemasaran Avon Malaysia. “Mantra peribadinya tentang keindahan dan pemikiran positif sememangnya seiringan dengan kepercayaan Avon tentang kecantikan, optimisme dan keupayaan wanita. Tuan Takada berkerja secara peribadi dengan pasukan haruman global kami untuk mencipta setiap aspek haruman ini, dari setiap ramuannya hinggalah ke rekaan botolnya. Kami cukup teruja untuk berkongsinya dengan pelanggan kami di serata dunia.”

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari