Home Gaya Hidup F8Buzz Fesyen+Cantik Alien Eau Sublime Dari Thierry Mugler Bakal Mendarat

Alien Eau Sublime Dari Thierry Mugler Bakal Mendarat

0
Alien Eau Sublime Dari Thierry Mugler Bakal Mendarat

Thierry Mugler dijangka mengembangkan lagi koleksi Alien beliau dengan pengeluaran wangian baru pada awal 2017.

Wangian yang digelar ‘Alien Eau Sublime’, akan keluar sebagai edisi terhad ‘eau de toilette‘ dalam saiz 60ml.

Menggabungkan pati melati, ambar dan kayu kashmir, dengan jalur-jalur sitrus, nota hijau dan bunga yang cerah, wangian ini diwar-warkan mempunyai aroma bertenaga dan selesa, yang sekali gus menarik, segar dan menenangkan.

Secara khusus, bauan utama Alien ini terdiri daripada lemon, mandarin, oren dan galbanum dengan bunga ceri dan melati di tengah-tengahnya. Dengan asas kasmir, vetiver dan ambar putih melengkapkan wangian ini.

Koleksi Alien juga amat terkenal kerana bentuk botolnya yang unik.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari